• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone X Licinkan Dompet Sekelip Mata

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:00 pm
  • 14/10/2017
  • Komen
iPhone X Licinkan Dompet Sekelip Mata
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, harga iPhone 8/8 Plus sudah pun diumumkan dan pada hari ini laman Apple Malaysia sudah dikemas kini dengan butiran harga. Dua varian iPhone X yang akan dijual di Malaysia adalah 64GB dan 256GB, dan harganya adalah seperti berikut.

  • iPhone X (64GB) – RM5,149
  • iPhone X (256GB) – RM5,899

Tidak banyak perbezaan antara iPhone 8/8 Plus dengan iPhone X kecuali pada rupa paras dab beberapa komponen lain.



Ia adalah telefon pertama Apple yang menggunakan nisbah paparan 19.5:9 serta memiliki bingkai yang minimum. Selain itu, pengmbas cap jari, Touch ID sudah disisihkan untuk memberi ruang pada paparan yang besar itu. Teknologi Face ID telah dibangunkan khas untuk menggantikan fungsi Touch ID untuk tujuan keselamatan biometrik.

Bahagian pengimejan turut berbeza antara iPhone X dengan iPhone 8 Plus. Kedua-dua kamera pada X memiliki OIS dan kamera telefoto padanya memiliki apertur lebih besar iaitu F2.4.



Anda akan menemui cip pemperoses yang baru A11 Bionic yang lebih pantas dan lebih jimat tenaga. Selain itu, ia adalah iPhone pertama yang menggunakan panel paparan OLED hasilan Samsung.

Jika iPhone X jauh melangkaui bajet anda, iPhone 8/8 Plus sudahpun dibuka tempahannya bermula semalam pada harga seperti berikut:

  • iPhone 8 (64GB) – RM3,649
    iPhone 8 Plus (64GB) – RM4,099
  • iPhone 8 (256GB) – RM4,149
    iPhone 8 Plus (256GB) – RM4,899

Anda boleh membeli melalui telco bersama-sama pelan. Empat telco yang sudahpun menerima tempahan adalah seperti:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile

Jika anda tidak mahu membeli melalui telco, pengedar sah barangan Apple ada menerima tempahan. Anda boleh berbuat demikian di:

  • Machines Malaysia
  • Switch
Tags: Apple iPhone XiOSiPhone 10iPhone 10 MalaysiaiPhone XiPhone X MalaysiaiPhone X Malaysia PriceiPhone X priceiPhone X price in Malaysiapple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone X Licinkan Dompet Sekelip Mata

iPhone X Licinkan Dompet Sekelip Mata

14 October 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN