• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Panjangkan Hayat Bateri Telefon Anda Dengan Apps Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:18 am
  • 27/10/2017
  • Komen
Panjangkan Hayat Bateri Telefon Anda Dengan Apps Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Android sering kali mengeluh dengan jangka hayat bateri telefon mereka lebih-lebih lagi jika usia telefon itu melangkaui setahun.

Ya, memang benar iPhone sentiasa memiliki kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding pesaingnya Android. Walau bagaimanapun, kita jarang mendengan yang pengguna iPhone merungut dengan jangka hayat penggunaan yang pendek. Sudahlah bateri kecil, iPhone setakat iPhone 8/8 Plus tida pernah ada fungsi pengecasan pantas.



Oleh sebab itu, bermula Android 6 Marshmallow, Google telah memperkenalkan Doze, satu ciri pada sistem operasi yang berfungsi untuk memanjangkan hayat bateri dengan mengawal selia penggunaan tenaga apabila telefon tidak digunakan.

Doze hanya aktif sekiranya paparan terpadam serta akselerometer tidak mengesan pergerakkan



Doze akan diaktifkan pada telefon anda jika ia mengesan telefon itu tidak digunakan untuk satu jangka. Ia menyekat akses apps terhadap rangkaian Internet dan juga mengurangkan penggunaan CPU bagi menurunkan penggunaan tenaga. Anda boleh memahami lebih lanjut tentang Doze di laman pembangun Android.

Walau bagaimanapun, tetapan Doze tidak boleh diubah. Malah ia tidak akan diaktifkan jika sensor telefon mengesan pergerakkan pada telefon. Bagaimana jika telefon berada dalam poket dan anda sedang berjalan?

Naptime membawa fungsi Doze selangkah kehadapan

Naptime adalah sebuah apps pihak ketiga yang dibangunkan untuk membawa Doze ke tahap yang seterusnya. Ia akan mengaktifkan Doze sejurus paparan telefon dimatikan dan tidak akan mematikan Doze walaupun sensor mengesan pergerakkan.

Lebih menarik, ia juga menyokong Android yang tidak di-root. Jika anda tidak tahu apa itu root, besar kemungkinan telefon yang anda gunakan sekarang adalah yang tidak di-root. Tapi untuk menggunakan Naptime pada telefon yang tiada akses root, beberapa langkah harus diambil dan ia melibatkan penggunaan desktop.

1. Aktifkan Developer Mode

Bergantung pada telefon, mengaktifkan Developer Mode secara asasnya amat mudah. Anda cuma perlu pergi ke Setting>About dan cari Build Number. Tekan Build Number berulang kali sehingga anda nampak mesej pop-up yang meyatakan anda sudahpun menjadi seorang Developer.

2. Aktifkan fungsi USB Debugging

Kemudian, kembali ke Setting. Anda sepatutnya akan menemui satu opsyen tambahan yang bernama Developer Options. Tekan opsyen itu dan cari serta aktifkan fungsi USB Debugging.

3. Pasang Apps Naptime

Pasang apps Naptime daripada Google Play Store. Ia tidak boleh berfungsi sehingga anda lengkapkan semua langkah-langkah selepas ini.

4. Muat turun Minimal ADB & Fastboot

Di desktop, anda perlu muat turun sesuatu daripada laman XDA Developer. Install Minimal ADB di desktop ataupun di mana-mana yang mudahkan anda mencari folder itu kembali. Kemudian, sambungkan telefon ke desktop menggunakan kabel USB.

Muat turun Minimal ADB & Fastboot di sini

5. Lancarkan Command Prompt daripada Minimal ADB & Fastboot

Pergi dan masuk ke folder Minimal ADB & Fastboot. Sambil menekan butang Shift, tekan butang kanan pada tetikus untuk melihat senarai arahan pop-pup. Tekan Open Command Prompt Here.

Kemudian, masukkan arahan berikut:

adb -d shell pm grant com.franco.doze android.permission.DUMP tekan Enter
adb -d shell pm grant com.franco.doze android.permission.WRITE_SECURE_SETTINGS tekan Enter

Anda sepatutnya sudah boleh melancarkan Naptime. Mungkin perubahannya tidaklah boleh diperhatikan pada mata kasar kerana fungsi Doze berfungsi pada bahagian latar sistem operasi. Jika anda rasakan tiada perubahan, cuma uninstall perisian Naptime untuk kembalikan telefon anda ke keadaan seperti sebelumnya.

 

Tags: androiddozefeaturenaptimetipstips dan trickstricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Panjangkan Hayat Bateri Telefon Anda Dengan Apps Ini

Panjangkan Hayat Bateri Telefon Anda Dengan Apps Ini

27 October 2017
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER