• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon Razer Sedia Pengalaman Gaming Setara Desktop

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:12 am
  • 03/11/2017
  • Komen
Telefon Razer Sedia Pengalaman Gaming Setara Desktop
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin anda pernah dengar yang Razer telah mengambil alih pengeluar telefon, NextBit, awal tahun ini. Menggunakan saki baki yang tinggal, Razer telah membangunkan sebuah telefon pintar yang sempurna, Razer Phone.

Telefon ini tidaklah mengikut trend nirbingkai 2017 mahupun paparan 18:9 seperti kebanyakkan telefon yang lain. Sebaliknya, ia masih mengekalkan rupa comel ikonik NextBit Robin tetapi dipadatkan dengan komponen-komponen yang garang.



Misalnya pada paparannya, Razer memberikan panel 120Hz, yang pertama seumpamanya dalam peranti Android. Panel sebesar 5.7″ padanya mempunyai resolusi QHD 2160×1440.

Papan utama tidak ketinggalan diberikan komponen terbaik yang boleh mereka peroleh setakat ini. Anda akan menemui perkakasan seperti:



  • Qualcomm Snapdragon 835
  • RAM 8GB
  • 64GB Storan (boleh diperluas)
  • Speaker Stereo Dolby Atmos
  • 2 Kamera belakang 12MP
  • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas

Dibangunkan khas untuk tujuan gaming, Razer memaklumkan yang telefon ini memiliki penyelesaian termal yang terbaik dalam industri. Badan besi telefonnya bertindak sebagai penyerak haba. Ia memastikan CPU mampu beroperasi pada kelajuan paling optimum dan tidak dihadkan dek suhu yang terlalu tinggi.

Razer Phone dijual pada harga USD 700 (RM 2,959) dan akan mula diedarkan bermula 17 November ini melalui kedai dalam talian mereka. Pada harga sebegitu dan spesifikasi yang premium, saya tak rasa golongan gamers saja yang akan berminat dengan telefon ini.

Terus ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: best smartphone 2017dolby atmosrazerrazer malaysiarazer phonesnapdragon 835telefon terbaik 2017
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon Razer Sedia Pengalaman Gaming Setara Desktop

Telefon Razer Sedia Pengalaman Gaming Setara Desktop

3 November 2017
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN