• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO dari Malaysia ini mahu beli Qualcomm dengan nilai USD103 bilion

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 07/11/2017
  • Komen
CEO dari Malaysia ini mahu beli Qualcomm dengan nilai USD103 bilion

A building on the Qualcomm campus is seen, as chip maker Broadcom Ltd announced an unsolicited bid to buy peer Qualcomm Inc for $103 billion, in San Diego, California, U.S. November 6, 2017. REUTERS/Mike Blake

Share on FacebookShare on Twitter

USD103 bilion ataupun RM435 bilion ditawarkan oleh Broadcomm untuk mengambilalih syarikat cip gergasi Qualcomm, satu jumlah yang terlampau besar. Langkah ini juga, bakal mengubah lanskap penghasilan cip dunia kerana kedua-dua syarikat merupakan gergasi dalam industri teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Broadcomm, Hock Tan merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau telah berjaya memacu Broadcomm ke persada antarabangsa yang kini beroperasi di Singapura dan Amerika Syarikat.



Hock Tan (kiri) bersama Donald Trump (kanan)

Beliau baru bertemu presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sambil mengumumkan pemindahan ibu pejabat Broadcomm dari Singapura ke Amerika Syarikat. Donald Trump sangat gembira dengan berita tersebut, kerana ia akan menjana sehingga USD20 bilion setahun pendapatan kepada Amerika Syarikat.



Jika pembelian ini berjaya, pemegang saham Qualcomm akan menerima sekitar USD70 ke USD80 bagi setiap saham, yang membawakan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya kepada USD103 bilion.

Tawaran dari Broadcomm ini merupakan satu transaksi terbesar dalam dunia teknologi. Ia juga bakal mengukuhkan kedudukan Broadcomm selaku pengeluar utama cip WiFi, dengan tambahan cip modem Qualcomm yang digunakan oleh majoriti peranti mudah alih termasuk Apple dan Samsung.

Tekanan paling besar hasil gabungan ini adalah kepada Intel, yang turut menghasilkan cip modem dan Wifi untuk peranti mudah alih. Penggunaan cip Intel masih tidak seluas Qualcomm, tetapi mereka telah berjaya mendapatkan tempahan dari Apple untuk penggunaan di telefon pintar iPhone.

Qualcomm buat masa ini turut berhadapan dengan penurunan nilai saham kerana pertelingkahannya dengan Apple dan beberapa syarikat lain. Tidak mustahil mereka akan menerima tawaran dari Broadcomm ini.

[Sumber: Reuters, TodayOnline]

Tags: BroadcommIntelQualcomm
Najib

Najib

POPULAR

CEO dari Malaysia ini mahu beli Qualcomm dengan nilai USD103 bilion

CEO dari Malaysia ini mahu beli Qualcomm dengan nilai USD103 bilion

7 November 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN