Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Muat Turun Datally Untuk Jimat Penggunaan Kuota Internet

Google telah hadir dengan satu App yang menarik bernama Datally. Ia adalah sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengawal selia penggunaan data Internet anda agar ia tidak terbazir begitu saja.

Melalui aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, anda boleh membenarkan aplikasi manakah boleh menggunakan data mudah alih atau sebaliknya. Yang menarik, tiada sebarang pendaftaran diperlukan untuk menggunakannya.

Selain menjimatkan data mudah alih, ia juga ada ciri tambahan iaiu mencari Wi-Fi berhampiran.

Muat turun Datally hari ini untuk mencubanya.

Tapi tahukah anda yang setiap telefon Android ada terbina fungsi penjimatan data seperti Datally. Ia tertanam dalam bahagian Setting>Data Usage.

Saya melihat Datally sebagai lewah kecualilah pada antara muka berwarna warni yang memudahkan pengguna biasa mengendalikan app ini. Selain itu, ia juga berguna jika anda ber-roaming di luar negara dengan data terhad.

BACA  Ini cara La Liga minimumkan risiko Covid-19 di setiap perlawanan