• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Versi terhebat HUAWEI Mate 10 akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 30/11/2017
  • Komen
Versi terhebat HUAWEI Mate 10 akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apakah telefon pintar yang lebih hebat dari Huawei Mate 10 Pro? Jawapannya adalah PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10. Ia adalah versi paling berkuasa dan bergaya dalam siri Mate 10.

Secara teknikal, PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 memiliki ciri-ciri dan reka bentuk yang sama dengan Mate 10 Pro. Perbezaannya terletak pada storan dalamannya yang digandakan menjadi 256GB, dan rupa luaran dengan kemasan eksklusif dan dihiasi logo PORSCHE DESIGN.



Berbanding penggunaan kaca di Mate 10 Pro, Huawei menerapkan kemasan seakan seramik yang digilap di bahagian belakang PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10. Warna ‘Diamond Black‘ beserta logo PORSCHE DESIGN di depan dan belakang telefon menjadikan ia lebih eksklusif.

Seperti Mate 10 Pro, telefon pintar PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 dikuasakan pemproses Kirin 970 dengan Kecerdasan Buatan (A.I). RAM sebesar 6GB dimuatkan di dalamnya bersama bateri berkapasiti 4,000mAh serta pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge melalui USB-C.



Kerjasama Leica diteruskan dengan penggunan dwi-lensa SUMMILUX-H di kamera belakang, gabungan sensor 12MP RGB dan 20MP monokrom. Lensa ini memiliki penstabil imej optikal (OIS) serta apertur sepantas f/1.6. Swafoto diuruskan melalui kamera hadapan 8MP f/2.0.

Selain kalis air IP67, telefon ini menggunakan paparan FullView 18:9, berukuran 6.0-inci dengan resolusi 2160×1080. Ia menjalankan antaramuka terkini EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo. Ikon dan kertas dinding khas PORSCHE DESIGN turut dimuatkan ke dalam telefon ini.

Telefon PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 akan dijual di Malaysia bermula 8 Disember 2017 dengan harga RM6,999 seunit. Kuantitinya amat terhad dan boleh dibeli di Stor HUAWEI Experience. Turut disertakan di dalam kotak adalah casing kulit yang diperbuat khas dan adaptor USB-C ke port audio 3.5mm.

Dapatkan maklumat lanjut tentang telefon ini di laman produk PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 atau lawati Facebook Huawei Mobile Malaysia.

https://youtu.be/8IUU1AEIdB0

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mate 10PORSCHE DESIGNPORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Versi terhebat HUAWEI Mate 10 akan tiba di Malaysia

Versi terhebat HUAWEI Mate 10 akan tiba di Malaysia

30 November 2017
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN