• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kehebatan CCTV China ambil hanya 7 minit untuk tahan wartawan BBC

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 18/12/2017
  • Komen
Kehebatan CCTV China ambil hanya 7 minit untuk tahan wartawan BBC
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa China mengambil masa hanya 7 minit untuk menjejak dan menahan wartawan BBC, John Sudworth menggunakan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) dan teknologi pengecaman wajah. Tetapi ini bukanlah kes penangkapan biasa.

Tangkapan ini merupakan satu latihan yang ingin diperlihatkan oleh kerajaan China, berkenaan keberkesanan sistem pemantauan baru ini. Ia merupakan satu contoh bagaimana sistem pemantauan yang menelan belanja yang sangat tinggi, dapat membantu tugas pihak berkuasa seperti polis.



Perkara ini sering kita lihat di dalam filem seperti Eagle Eye. Di mana mereka yang mempunyai akses kepada rangkaian, CCTV terutamanya, boleh menjejak sesiapa sahaja dengan mudah.

China memiliki sistem pemantauan paling besar di dunia.Lebih 170 juta CCTV telah dipasang di seluruh negara, dengan lebih 400 juta lagi bakal dipasang menjelang tahun 2020.



Selain CCTV, China juga memberi fokus kepada pengumpulan maklumat menerusi kepintaran. Kerajaan China bekerjasama dengan syarikat yang memiliki teknologi pengecaman wajah serta kecerdasan buatan (AI) yang boleh menyediakan data tepat dari maklumat yang dikumpul seperti wajah, umur, nombor pendaftaran kenderaan dan lain-lain.

Dengan teknologi sebegini, mereka bukan sahaja mahu memudahkan tugas pihak berkuasa, malah mahu meramal jenayah yang bakal berlaku. Ibarat filem Minority Report.

Saksikan video penuh laporan BBC tentang teknologi baru ini, menerusi pautan di sini. Atau tontonan ringkasannya di bawah ini.

[Sumber: TechCrunch]

How long can a BBC reporter stay hidden from CCTV cameras in China? @TheJohnSudworth has been given rare access to put the world’s largest surveillance system to the test pic.twitter.com/vLGQYN7ZB9

— BBC News (World) (@BBCWorld) December 10, 2017

Tags: CCTVCCTV ChinaChina
Najib

Najib

POPULAR

Kehebatan CCTV China ambil hanya 7 minit untuk tahan wartawan BBC

Kehebatan CCTV China ambil hanya 7 minit untuk tahan wartawan BBC

18 December 2017
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN