• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar Playstore guna bil Celcom dan terima semula RM5

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 19/12/2017
  • Komen
Bayar Playstore guna bil Celcom dan terima semula RM5
Share on FacebookShare on Twitter

Tahu tak, anda boleh membuat pembelian di Google Playstore dan bayar melalui bil talian? Salah satu telco yang menyokong pembayaran bil ini adalah Celcom, dan mereka mahu memberi kembali tunai jika anda menggunakannya.

Celcom kini menawarkan tunai kembali (cashback) sehingga RM5 apabila anda membuat sebarang pembelian di Google Playstore dan membayar secara ‘Carrier Billing‘, atau dimasukkan ke dalam bil talian. Tetapi ia hanya untuk mereka yang tidak pernah menggunakannya sebelum ini.



Tawaran cashback RM5 ini terbuka kepada semua pengguna Celcom yang menggunakan peranti Android, serta tidak pernah membuat pembayaran di Google Playstore menggunakan ‘Carrier Billing‘. Pembelian terbuka kepada semua jenis produk termasuk aplikasi, pembelian dalam aplikasi (games terutamanya), filem, e-book, serta newsstand.

Apabila pembelian dan pembayaran dibuat menggunakan ‘Carrier Billing‘, anda akan menerima SMS tentangnya. Jika layak menerima cashback, anda akan turut menerima SMS yang menyatakan cashback diberikan. Tetapi ingat, jika anda membeli RM3, maka cashback hanya RM3. Maksima sebanyak RM5 cashback akan diberikan, jadi gunakan sebaiknya.



Jangan lupa, tetapkan pembayaran kepada Celcom untuk menerima cashback. Kempen ini dijalankan dari 15 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018, dan terbuka kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom. Maknanya, pengguna Xpax pun layak.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman Celcom RM5 cashback. Jika mahu tahu cara membayar di Google Playstore menggunakan bil Celcom, rujuk laman Celcom Direct Billing for Google Play.

Tags: celcomCelcom CashbackCelcom Google PlayCelcom RM5Google PlayGoogle Playstore
Najib

Najib

POPULAR

Bayar Playstore guna bil Celcom dan terima semula RM5

Bayar Playstore guna bil Celcom dan terima semula RM5

19 December 2017
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN