• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Viu tembusi rangkaian Celcom dan Xpax

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 20/12/2017
  • Komen
Viu tembusi rangkaian Celcom dan Xpax
Share on FacebookShare on Twitter

Viu, salah satu platform penstriman video premium di Malaysia kini boleh ditonton pengguna Celcom apabila kerjasama di antara syarikat Vuclip dan Celcom diumumkan baru-baru ini. Ini sekaligus menjadikan Viu boleh diakses oleh semua rangkaian mudah alih utama di Malaysia.

Tontonan secara bergerak meningkat secara mendadak di Malaysia tahun ini. Viu sendiri mendapati, 65% tontonan di platform mereka diakses melalui rangkaian mudah alih.



Bermula dari bulan ini, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom boleh menikmati kandungan premium Viu tanpa had dari serendah RM3 seminggu, atau RM10 sebulan. Langganan premium memberikan lebih banyak kandungan terkini tanpa gangguan iklan.

Tarikan utama Viu adalah siri drama dan filem Asia terkini bersama sari kata Inggeris, Cina atau Melayu. Kandungan hiburan yang disediakan berasal dari Korea Selatan, Jepun, China, India, Indonesia serta dari Malaysia sendiri.



Malah, Viu juga menyediakan kandungan asli yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Seperti rancangan dokumentari I AM WOMAN, yang menampilkan bakat wanita luar biasa dari Malaysia. Rancangan ini dihasilkan dengan kerjasama Prudential Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Kepada yang berminat, Viu boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore atau Google Playstore, serta menerusi pelayar di alamat www.viu.com.

Tags: celcomViuViu Malaysiaxpax
Najib

Najib

POPULAR

Viu tembusi rangkaian Celcom dan Xpax

Viu tembusi rangkaian Celcom dan Xpax

20 December 2017
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN