• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Apakah kebanyakan resolusi rakyat Malaysia tahun lepas?

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 03/01/2018
  • Komen
Apakah kebanyakan resolusi rakyat Malaysia tahun lepas?
Share on FacebookShare on Twitter

Antara soalan yang popular setiap kali tibanya tanggal 1 Januari adalah, apakah resolusi tahun baru ini? Pasti ramai yang menetapkan sesuatu yang baru, atau sekurang-kurangnya mahukan perkara lebih baik dicapai. Realitinya, ia masih jauh dari harapan.

Laman StatCounter yang menganalisa trafik seluruh dunia telah mengumpulkan data tentang resolusi pengguna sepanjang tahun lepas. Dukacitanya, lebih 1/3 pengguna di dunia masih menggunakan resolusi rendah semasa melayari internet sepanjang tahun 2017.



StatCounter mencatatkan 37.27% pengguna di dunia menggunakan resolusi 640×360 semasa melayari internet. Ia diikuti dengan 9.01% pada resolusi 667×375, dan hanya 6.67% pada resolusi HD 1280×720.

Bagi statistik Malaysia pula, lebih kurang 1/3 atau 34.21% menggunakan pelayar di skrin 640×360. Di tempat kedua adalah resolusi HD 1280×720 sebanyak 9.11% dan seterusnya barulah resolusi 667×375 dengan 4.85% pengguna. Resolusi HD Penuh 1920×1080 hanya digunakan oleh 2.59% pengguna sahaja.



Data ini mungkin menunjukkan jenis penggunaan peranti berdasarkan resolusi skrin. Tetapi peranti jenis apakah yang masih menggunakan resolusi super rendah 640×360 ini?

Sebenarnya, pelayar akan memberitahu laman web bahawa ia menggunakan resolusi rendah bagi mendapatkan tulisan yang lebih besar. Bayangkan tulisan yang sama kecil anda lihat di skrin komputer HD Penuh, dimuatkan ke skrin telefon pintar HD Penuh yang lebih kecil? Pasti ia menjadi terlalu kecil hingga tidak dapat dilihat.

Kerana itu pelayar menyatakan ia menggunakan resolusi yang rendah, agar tulisan menjadi lebih besar di skrin telefon pintar. Anda boleh cuba menyemak resolusi skrin yang digunakan pelayar, di laman www.whatismybrowser.com.

Jadi, adakah anda akan meneruskan resolusi yang sama di tahun 2017, atau beralih ke resolusi lebih tinggi di tahun 2018? Resolusi lebih panjang bernisbah 18:9 juga semakin popular masa kini.

Tapi tak perlulah sampai bergolok gadai atau membazir wang semata-mata untuk mencapai resolusi lebih tinggi. Tepuk dada, tanya selera. Jangan biarkan diri anda papa kedana semata-mata mahu bergaya.

[Sumber: StatCounter]

Tags: ResolusiResolusi 2017Resolusi 2018StatCounter
Najib

Najib

POPULAR

Apakah kebanyakan resolusi rakyat Malaysia tahun lepas?

Apakah kebanyakan resolusi rakyat Malaysia tahun lepas?

3 January 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN