• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun

  • OLEH Najib
  • 2:15 pm
  • 03/01/2018
  • Komen
Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun
Share on FacebookShare on Twitter

Pengakuan Apple bahawa mereka memperlahankan iPhone model lama kerana penggunaan bateri yang lama telah mengejutkan banyak pihak. Tetapi mereka pantas menyediakan program penggantian bateri baru dengan kadar harga lebih rendah untuk pengguna yang mahukan iPhone mereka berfungsi seperti sediakala.

Beberapa penyedia khidmat bertauliah Apple di Malaysia kini mengumumkan kesediaan mereka untuk menggantikan bateri iPhone pada harga diskaun yang ditetapkan Apple. Di antaranya adalah kedai Machines dan Switch.



Machines dan Switch menyediakan penggantian bateri bagi model iPhone SE, 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus dan X pada kadar RM129 sahaja. Bayaran ini termasuk caj diagnosis serta cukai GST.

Kadar bayaran penggantian perkakas iPhone di Machines



Kadar bayaran penggantian perkakas iPhone di Switch

Senarai pusat servis Machines boleh dirujuk di sini. Manakala senarai pusat servis Switch pula boleh didapati di sini.

Pastikan anda membuat salinan semua data penting dari iPhone anda sebelum dihantar untuk penggantian. Masa yang diambil untuk penggantian pula sekitar 5-7 hari bekerja dan tiada peranti gantian akan diberi. Jadi, siap-siap sendiri guna telefon lain sementara menantikan iPhone diganti bateri.

Semak maklumat lanjut tentang program penggantian bateri iPhone ini di laman web Machines dan Switch.

Tags: appleapple malaysiabateri iphoneiphoneiphone malaysiamachinesSwitch
Najib

Najib

POPULAR

Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun

Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun

3 January 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN