• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hadiah bernilai RM620 untuk tempahan awal Microsoft Surface Laptop

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 15/01/2018
  • Komen
Hadiah bernilai RM620 untuk tempahan awal Microsoft Surface Laptop
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft Malaysia dengan kerjasama Lazada, kini membuka tempahan komputer riba Microsoft Surface Laptop di Malaysia. Tempahan ini boleh dibuat secara ekslusif di Stor Microsoft di Lazada sahaja.

Tempahan awal ini dibuka dari 10 Januari sehingga 6 Februari 2018. Penghantaran pula dijangka dibuat bermula dari 15 Februari 2018.



Khas untuk mereka yang membuat tempahan awal dalam tempoh di atas, mereka akan menerima hadiah percuma berupa perisian Microsoft Office 365 Personal dan fon kepala Bluetooth JBL T45BT, kedua-duanya bernilai RM620.

Hanya satu warna Surface Laptop ditawarkan dalam tempahan awal ini iaitu Kelabu. Tetapi terdapat 4 spesifikasi yang ditawarkan dengan harga seperti berikut:



  • RM4,499 – Intel Core i5, 4GB RAM, 128GB SSD
  • RM5,849 – Intel Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD
  • RM7,199 – Intel Core i7, 8GB RAM, 256GB SSD
  • RM10,029 – Intel Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD

Surface Laptop adalah sebuah laptop, berbeza dengan Surface Pro yang berasaskan tablet. Ia melekat kekal dengan papan kekunci, dan boleh diputarkan sedikit lebih sudut 90-darjah.

Skrin Surface Laptop berukuran 13.5-inci dengan resolusi HD Penuh dan nisbah 3:2 yang sama dengan Surface Pro, serta memiliki fungsi skrin sentuh. Kekuatan utama Surface Laptop adalah pada baterinya, yang dikatakan boleh bertahan sehingga 14.5 jam dengan sekali caj.

Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berkenaan sistem operasi Surface Laptop. Ia tidak menggunakan Windows 10 biasa, sebaliknya menjalankan versi lebih ringan Windows 10 S. Microsoft menyatakan ia lebih selamat dan pantas dari Windows 10 biasa, tetapi hanya boleh memasang aplikasi yang dimuat turun dari Windows Store sahaja.

Tetapi anda bernasib baik. Microsoft memaklumkan pengguna Surface Laptop kini diberi pilihan untuk menaik taraf Windows 10 S ke Windows 10 Pro secara percuma, sehingga 31 Mac 2018. Selepas itu, naik taraf ini akan dikenakan caj USD49 (~RM200).

Untuk sambungan pula, Surface Laptop masih di takuk lama seperti Surface Pro dengan memiliki hanya satu port USB3.0, satu port audio 3.5mm, satu mini DisplayPort dan satu Surface Connect.

Jika anda berminat dengan Surface Laptop yang nipis, ringan dan bateri tahan lama ini, lekas buat tempahan sekarang untuk menerima hadiah percuma bernilai RM620, serta naik taraf percuma ke Windows 10 Pro sebelum 31 Mac 2018. Segera ke Stor Microsoft di Lazada sekarang.

Tags: LazadaMicrosoftMicrosoft MalaysiaSurfaceSurface LaptopSurface Laptop LazadaSurface Laptop Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Hadiah bernilai RM620 untuk tempahan awal Microsoft Surface Laptop

Hadiah bernilai RM620 untuk tempahan awal Microsoft Surface Laptop

15 January 2018
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN