• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia pasaran pertama Laptop Gaming THUNDEROBOT di Asia Tenggara

  • OLEH Najib
  • 6:18 pm
  • 17/01/2018
  • Komen
Malaysia pasaran pertama Laptop Gaming THUNDEROBOT di Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran komputer gaming di Malaysia hari ini dimeriahkan dengan ketibaan rasmi THUNDEROBOT. Ia adalah jenama yang lahir di China dan menghasilkan laptop, desktop dan aksesori khas berkaitan permainan video.

THUNDEROBOT telah bertapak di Taiwan, Hong Kong serta Eropah, dan kini mereka memasuki pasaran Asia Tenggara dengan memulakannya di Malaysia. Sebanyak 4 model laptop gaming mereka diperkenalkan di majlis pelancaran hari ini.



4 model tersebut adalah DINO, 911GT, 911SE dan model paling popular mereka, ST Plus. Kesemuanya dikuasakan pemproses Intel Core-i generasi ke-7 bersama kuasa grafik NVIDIA GeForce GTX10.

ECS Astar Sdn Bhd telah dipilih sebagai pengedar THUNDEROBOT di Malaysia dan mereka telah membuka Stor Rasmi THUNDEROBOT di Lazada. Beberapa wakil penjual juga telah dilantik di seluruh Malaysia.




THUNDEROBOT DINO

Rekaan futuristik ala kapal angkasa lepas adalah tarikan utama DINO. Ia adalah laptop THUNDEROBOT paling berkuasa di bawa ke Malaysia.

DINO menggandingkan pemproses Intel Core i7-7700HQ dan grafik NVIDIA GeForce GTX1070 8GB, bersama 16GB RAM DDR4 (2x8GB) membolehkannya memacu permainan realiti maya (VR). Storannya pula adalah HDD 1TB HDD dan SSD 256GB.

DINO menggunakan skrin 15.6-inci HD Penuh 120Hz, sangat sesuai untuk kegunaan gaming. Papan kekunci dan trackpadnya berlampu dan menyokong sehingga 16.8 juta warna.

Laptop THUNDEROBOT DINO dijual pada harga RM8,899 dan boleh dibeli di Lazada.


THUNDEROBOT 911GT

Seperti namanya, laptop 911GT diinspirasikan dari kereta berprestasi tinggi. Ia memiliki skrin besar 17.3-inci HD Penuh bagi yang mahukan paparan luas.

Tenaga DINO diperoleh dari pemproses Intel Core i7-7700HQ bersama grafik NVIDIA GeForce GTX1060 6GB dan RAM DDR4 sebanyak 16GB (2x8GB). Storannya terdiri dari HDD 1TB bersama SSD 256GB.

Laptop THUNDEROBOT DINO dijual pada harga RM7,099 dan boleh dibeli di Lazada.\


THUNDEROBOT 911SE

Disasarkan untuk pengguna permulaan, laptop 911SE dijual pada harga RM4,499 sahaja. Prestasinya sedikit rendah kerana menggunakan pemproses Intel Core i5-7300HQ, grafik NVIDIA GeForce GTX1050 Ti 4GB, serta RAM DDR4 8GB.

Laptop 911SE menggunakan skrin 15.6-inci HD Penuh. Manakala storan pula HDD 1TB dan SSD 128GB. Dengan berat badan 2.37kg, ia boleh dikatakan laptop gaming yang agak ringan.

Laptop THUNDEROBOT 911SE dijual pada harga RM4,499 dan boleh dibeli di Lazada.


THUNDEROBOT ST Plus

ST Plus adalah model yang popular, dengan harga dan prestasi yang seimbang. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Intel Core i7-7700HQ, grafik NVIDIA GeForce GTX1050 Ti 4GB dan RAM DDR4 8GB.

Lain-lain perkara di ST Plus sama seperti 911SE, seperti skrin 15.6-inci HD Penuh, storan HDD 1TB dan SSD 128GB. Rekaannya juga sama, dengan berat hanya 2.37kg.

Satu perkara berbeza dengan 911SE adalah papan kekunci ST Plus memiliki lampu belakang dengan 16.8 juta warna pilihan.

Laptop THUNDEROBOT ST Plus dijual pada harga RM4,899 dan boleh dibeli di Lazada.


THUNDEROBOT menyatakan mereka akan membawakan perkakas lain seperti papan kekunci, tetikus dan fon kepala tidak lama lagi ke Malaysia.

Sebagai promosi di Lazada, pembelian laptop di atas akan disertakan bersama tetikus THUNDEROBOT Hunter M301 bernilai RM199 secara percuma. Jika berminat untuk melihat dengan lebih dekat, boleh mengunjungi wakil pengedar yang tersenarai di bawah.

  1. Thunder Match Technology – Mid Valley Megamall & Sunway Pyramid
  2. Brightstar Computer – Plaza Lowyat
  3. PC Image – Wisma Sarbekas, Kuching
  4. Top Macro – Karamunsing Complex, Kota Kinabalu
  5. CORE ICT – KB Mall, Kota Bahru
  6. Monaliza & Mastura Enterprise – Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan
  7. Aidea.com Technology – Panju Curve Business Park, Kuala Terengganu
  8. IT Comp – Mines Wellnes City, Seri Kembangan
  9. My Computer System – Digital Mall, Petaling Jaya
  10. C-Zone – Plaza Lowyat & IOI City Mall
  11. EIT Lifestyle – Taman Sutera Utama Biz Centre, Skudai
Tags: laptopLaptop gamingTHUNDEROBOTTHUNDEROBOT 911GTTHUNDEROBOT 911SETHUNDEROBOT DINOTHUNDEROBOT ST Plus
Najib

Najib

POPULAR

Malaysia pasaran pertama Laptop Gaming THUNDEROBOT di Asia Tenggara

Malaysia pasaran pertama Laptop Gaming THUNDEROBOT di Asia Tenggara

17 January 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER