• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:26 pm
  • 18/01/2018
  • Komen
Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini memperkenalkan tiga telefon baru untuk pasaran Malaysia. Xperia XA2 Ultra, XA2 dan L2 hadir membawakan beberapa tambah baik yang kami rasakan patut dilakukan sejak awal lagi dan bukan sudah terhantuk baru tengadah.

Xperia XA2 Ultra

Perkara yang paling utama adalah penggunaan cip Snapdragon 630. Tindakan ini barulah memberi justifikasi yang berasas jika harga yang sedikit tinggi diletakkan padanya berbanding jika Sony kekal bersama MediaTek.



Menemani cip mid-range yang hebat ini adalah RAM 4GB serta storan 64GB. Slot mikro-SD juga hadir untuk memperluas storan anda sehingga 256GB.

Jabatan pengimejan Sony memang utuh sejak turun temurun. Kali ini, XA2 Ultra menjadi yang pertama menggayakan kamera depan berkembar untuk keluarga Sony. Sebuah kamers 16MP F2.0 dengan OIS bertugas mengambil gambar swafoto sambil dibantu 8MP F2.4.



Kamera belakang pula kekal solo dan dilengkapi sensor 23MP serta apertur F2.0. Ia mampu merakam video 4K dan gerak perlahan sehingga 120fps.

Pada paparan, tiada perubahan dapat dilihat berbanding model sebelumnya. XA2 Ultra masih mengekalkan paparan 16:9 dengan resolusi HD penuh.

Jika model tahun lepas diberikan bateri berkapasiti 2,700mAh, model tahun ini diberikan bateri yang nyata besar. Ia membekalkan tenaga melalui bateri 3,580mAh serta dilengkapi teknologi pengecasan pantas.

Sejurus keluar kotak, Xperia XA2 Ultra terus menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo.

Xperia XA2

Meneliti helaian spesifikasi XA2, terdapat beberapa persamaan antaranya dengan XA2 Ultra. Misalnya ia menggunakan cip yang sama serta hadir dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Selain itu, kedua-duanya menjalankan Android Oreo sejurus keluar kotak.

Yang berbeza adalah ia sedikit kecil kerana menggunakan panel 5.2″ tapi masih memiliki resolusi HD penuh. Kemuadian, tiada kamera berkembar pada telefon ini.

Untuk berswafoto, anda boleh menggunakan kamera 8MP F2.4. Kamera belakang pula sama seakan XA2 Ultra iaitu 23MP F2.0.

Maka, anda boleh melakukan trik yang sama seperi video 4K dan slow-mo sehingga 120fps.

Baterinya kini lebih besar berbanding XA1. Daripada 2,600mAh, ia kini menjadi 3,300mAh dan turut menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Xperia L2

Dalam ketiga-tiga telefon yang diperkenalkan Sony, Xperia L2 adalah yang paling murah tapi masih ada beberapa ciri menonjol yamg perlu diambil kira.

Misalnya ia dibekalkan kamera belakang bersensor 13MP F2.0 dan kamera swafoto 8MP F2.4.

Bateri 3,300mAh menguasakan telefon ini. Ia menggunakan skrin 5.5″ tetapi resolusi HD 720p sahaja.

Kuasa pemprosesnya adalah Mediatek MT6737T, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Sistem operasinya pula Android 7 Nougat.

Harga

Ketiga-tiga telefon pintar Sony ini akan dijual bermula 9 Februari 2018 di stor Sony Mobile dan Sony Center di seluruh Malaysia. Harga jualan mereka adalah seperti berikut:

  • Xperia XA2 Ultra – RM1,999
  • Xperia XA2 – RM1,299
  • Xperia L2 – RM999

Tapi, hanya Xperia XA2 Ultra mengadakan sesi tempahan. Anda boleh menempah telefon ini bermula 20 Januari hingga 31 Januari. Tempahan awal akan menerima rebat RM200 ke atas harga telefon serta pemberian seperti pengecas UCH12W, jaminan tambahan, casing lutsinar, dan pelindung skrin, semuanya bernilai RM600.

Tags: SonySony Malaysiasony xperiasony xperia l2Sony Xperia XA2Sony Xperia XA2 UltraXperia L2Xperia XA2Xperia XA2 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony

Xperia XA2 Ultra Tanda Kembalinya Kewarasan Sony

18 January 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER