Apple hari ini mengumumkan laporan suku pertama fiskal 2018 yang berakhir Disember 2017. Dalam laporan tersebut, Apple memaklumkan perolehan USD 88.3 billion, penokokan sebanyak 13 peratus, satu rekod baru dalam sejarah Apple.
Beberapa faktor dilihat menyumbang kepada prestasi memberangsangkan ini.
iPhone X laku keras dan catat jualan tertinggi setiap minggu
Misalnya, penjualan dalam Q1 2018 iPhone merosot sebanyak 974 ribu unit daripada 78.3 juta unit dalam Q1 2017. alau bagaimanapun, perolehan meningkat sebanyak 13 peratus, daripada USD 54.4 billion kepada USD 61.6 billion.
Hal ini bermakna, harga puratan setiap iPhone yang dijual pada Q1 2018 adalah USD 796 berbanding USD 695, peningkatan sebanyak USD 101 (RM 392).
Jualan aksesori turut meningkat
Untuk bahagian perkhidmatan, prolehan mereka meningkat sebanyak 18% kepada USD 8.47 juta. Ini termasuklah perkhidmatan penukaran bateri yang ditawarkan Apple selepas ia dikesan sengaja memperlahankan iPhone untuk tujuan menjaga kesihatan bateri.
Produk-produk lain seperti Apple TV, Apple Watch, iPod Touch dan segala produk rasmi yang bercap apple, mereka mencatatkan perolehan sebanyak USD 5.5 juta ataupun 36% peningkatan.
Jika anda berminat untuk menaakuli laporan fiskal 2018 Apple, anda boleh merujuknya di sini.