Sebelum ini Telekom Malaysia (TM) telah menjadi penaja sukan bola sepak Malaysia. Tetapi TM mahu memperkasa lagi sukan kegemaran ramai ini dengan mengumumkan tajaan yang lebih besar dan lebih panjang.
TM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan kerjasama yang akan menonjolkan jenama konvergens utama TM, unifi sebagai penaja bagi Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bersama bagi Piala FA selama 8 tahun, bermula pada tahun ini sehingga tahun 2025.
Tajaan ini juga akan memaparkan nama unifi di samping nama liga dan piala, menjadikan ia dikenali sebagai ‘unifi Liga Super Malaysia‘ dan ‘unifi Piala Malaysia‘.
Pengguna unifi TV dapat menikmati kelebihan dari kerjasama ini di mana mereka boleh menonton kesemua perlawanan secara langsung melalui unifi TV di rumah dan aplikasi unifi PlayTV di mana jua. Siaran langsung ini akan dipaparkan dalam definisi tinggi (HD).
Dato’ Sri Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, berkata, “unifi kini merupakan satu-satunya platform terbesar yang menayangkan setiap perlawanan bola sepak dan program-program khas lain melangkaui kesemua Pay TV, Free-To-Air (FTA), Over-the-Top (OTT) dan mudah alih, memberikan pengalaman penumpuan yang holistik.”
“Sebagai rakan kongsi siaran, unifi TV akan menayangkan kesemua acara dan perlawaan, termasuklah Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA serta siaran bersyarat bagi perlawanan Liga Perdana, Challenge Cup dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh pihak FMLLP.” tambah beliau.
Saksikan penerangan berkenaan penajaan TM dalam Liga Malaysia 2018 oleh Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP dalam dua bahagian video di bawah ini:
VIDEO (PART 1): Penerangan berkenaan penajaan Telekom Malaysia dalam Liga Malaysia 2018 oleh Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP.
#FootballMalaysia
#TransformingMalaysianFootballPosted by Football Malaysia LLP on Thursday, 1 February 2018
VIDEO (PART 2): PENTING UNTUK MEREKA YANG INGIN MEMAHAMI JADUAL PERLAWANAN LIVE.
#FootballMalaysia
#TransformingMalaysianFootballPosted by Football Malaysia LLP on Thursday, 1 February 2018