• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon nirbingkai termurah Xiaomi rasmi dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 07/02/2018
  • Komen
Telefon nirbingkai termurah Xiaomi rasmi dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dipenuhi pelbagai khabar angin tentang penjualannya, hari ini Mi Malaysia secara rasminya mengumumkan penjualan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus, telefon pintar nirbingkai dengan paparan 18:9 pertama dari siri Redmi. Ia juga adalah termurah dalam kategori seumpamanya yang boleh didapati di Malaysia.

Telefon pintar Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ini boleh mula dibeli hari ini, 7 Februari 2018 menerusi stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, atau dari pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia. Senarai pengedar rasmi ini boleh dirujuk di sini.



Buat masa ini, hanya satu model dijual di Malaysia. Redmi 5 dengan 3GB RAM dan 32GB storan dijual pada harga RM679. Manakala Redmi 5 Plus yang lebih besar dengan 3GB RAM dan 32GB storan pula berharga RM749.

Mi Malaysia turut menyatakan model lain akan tiba di Malaysia kemudian, iaitu Redmi 5 2GB RAM dan 16GB storan yang harganya dijangka di bawah RM600, serta Redmi 5 Plus yang lebih berkuasa dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Pasti harganya lebih tinggi dari RM749, yang mana kami jangkakan sekitar RM899.



Walaupun memiliki nama yang serupa, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus memiliki perbezaan yang amat ketara. Hanya rupa luarannya yang memiliki rekaan yang sama, serta tiga pilihan warna yang disediakan iaitu Hitam, Emas dan Biru.

Redmi 5 memiliki skrin IPS 18:9 berukuran 5.7-inci dan resolusi HD+ 1440×720. Bateri sebesar 3,150mAh dimuatkan di dalamnya. Kuasa pemprosesnya pula digerakkan oleh cip Snapdragon 450 8-teras.

Redmi 5 Plus dilengkapi skrin IP 18:9 lebih luas, berukuran 5.99-inci dan resolusi tinggi HD Penuh+ 2160×1080. Bateri lebih besar juga terdapat di dalamnya, berkapasiti 4,000mAh. Pemprosesnya juga lebih berkuasa, menggunakan cip Snapdragon 625 8-teras.

Selain itu, kedua-dua telefon pintar ini berkongsi ciri-ciri yang sama seperti pengimbas capjari di belakang, serta kamera belakang 12MP PDAF bersama kamera 5MP di hadapan.

Tags: Mi Malaysiaredmi 5Redmi 5 Malaysiaredmi 5 plusRedmi 5 Plus Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Telefon nirbingkai termurah Xiaomi rasmi dijual di Malaysia

Telefon nirbingkai termurah Xiaomi rasmi dijual di Malaysia

7 February 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN