• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AMD

AMD perkenal gandingan CPU dan GPU paling berkuasa dalam satu cip

  • OLEH Najib
  • 5:25 pm
  • 13/02/2018
  • Komen
AMD perkenal gandingan CPU dan GPU paling berkuasa dalam satu cip
Share on FacebookShare on Twitter

Kuasa bersepadu pemproses utama dan grafik di dalam satu cip desktop, kini lebih berkuasa apabila AMD memperkenalkan cip terbaru keluarannya, AMD Ryzen 5 2400G dan AMD Ryzen 3 2200G. Ia adalah pemproses Ryzen dengan kuasa grafik Radeon Vega terbina di dalam.

Lebih menarik lagi, ia adalah cip mampu milik dengan harga jualan dari USD99 (~RM390) bagi Ryzen 3 2200G dan USD168 (~RM665) untuk Ryzen 5 2400G. Cip ini juga kekal serasi dengan mana-mana papan induk dengan soket AM4, bukti usaha AMD mengekalkan keserasian produk untuk jangka masa panjang.



Ujian AMD menunjukkan, Ryzen 5 2400G mempunyai prestasi yang sama dengan gabungan cip Intel Core i5-8400 (USD199 ~RM780) bersama kad grafik NVIDIA GeForce GT 1030 (USD 89 ~RM350). Malah, ia juga 156% lebih baik dari cip Intel Core i5-8400 dari prestasi grafik sendiri, dan 21% lebih baik untuk prestasi sistem.

Pemproses baru AMD ini datang dengan fungsi dan prestasi yang dipertingkat seperti AMD SenseMI yang membolehkan penggunaan tenaga rendah pada frekuensi tinggi. Precision Boost 2 pula adalah sebuah algoritma yang melonjakkan kuasa pelbagai teras untuk memberi lebih kuasa. Pemproses ini juga serasi dengan teknologi Radeon FreeSync untuk paparan permainan yang lancar.



Seperti pemproses Desktop AMD Ryzen yang lain, dua pemproses APU ini juga tidak dikunci, membolehkan pengguna membuat talaan sendiri untuk kelajuan lebih tinggi. Ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk membuat overclock.

Ryzen 5 2400G memiliki 4-teras dan 8-bebenang, dengan kelajuan CPU maksima 3.9GHz dan kelajuan GPU maksima 1.25GHz. Manakala Ryzen 3 2200G pula mempunyai 4-teras dan 4-bebenang, dan kelajuan maksima CPU 3.7GHz serta kelajuan maksima GPU 1.1GHz. Kedua-duanya menghasilkan tenaga TDP sebanyak 65 Watt.

AMD memaklumkan, cip Ryzen 5 2400G dan AMD Ryzen 3 2200G kini telah mula dijual dan boleh dibeli di seluruh dunia. Pengeluar sistem OEM pula akan mula menghasilkan sistem berasaskan kedua-dua CPU ini tidak lama lagi.

Maklumat lanjut tentang pemproses APU terbaru AMD ini boleh dirujuk di laman web AMD Ryzen.

Tags: amdAMD APUAMD RadeonAMD RyzenAMD Ryzen 3 2200GAMD Ryzen 5 2400GRadeonRadeon VegaRyzen 3Ryzen 3 2200GRyzen 52400GRyzen5
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
AMD perkenal gandingan CPU dan GPU paling berkuasa dalam satu cip

AMD perkenal gandingan CPU dan GPU paling berkuasa dalam satu cip

13 February 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN