• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Rasai Kehebatan Kamera Pixel 2 Pada Mi A1 Tanpa Perlu Root

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:28 pm
  • 15/02/2018
  • Komen
Rasai Kehebatan Kamera Pixel 2 Pada Mi A1 Tanpa Perlu Root
Share on FacebookShare on Twitter

Google Camera adalah satu ciptaan hebat. Pada telefon Pixel 2, ia memberikan keupayaan seakan dwikamera kepada flagship Google itu walaupun ia hanya memiliki satu kamera belakang. Selain itu, mode HDR+ Advance memberikan gambar HDR lebih baik berbanding pesaing. Contohnya gambar ini:

Mode HDR tidak aktif



Mode HDR+, cuba lihat pada tulisan AE-1 berbanding gambar tiada HDR

Mode HDR+ enhanced, cuba bandingkan gambar pada bahagian tingkap



Lepas tu anda akan nikmati mode potret pada kamera depan dan belakang.

Masalahnya, Google Camera hanya berfungsi sepenuhnya pada telefon Google Pixel sahaja. Jika berfungsipun, ia amat terhad kepada fungsi asas. Setakat ini, mereka yang alim dalam dunia Android menikmati Google Camera dengan cara menyunting fail sistem.

Hal ini memerlukan root dan pengguna biasa pastinya mendapati proses untuk memasang Google Camera amat renyah. Tidak lagi sekarang dengan satu program sekali-tekan-siap yang dibangunkan AridaneAM, salah satu penyumbang dalam forum XDA Developer khas untuk pengguna Xiaomi Mi A1.

Antara kebaikkan selain fungsi HDR dan bokeh adalah seperti:

Pelbagai mode tambahan

Video HD Penuh pada kadar 60fps

Menggunakan program itu, anda tak perlu tahupun pasal root/magisk untuk merasai kehebatan Google Kamera. Apa yang perlu anda lakukan hanya mengikuti langkah-langkah yang akan saya huraikan ini.

Bahan-bahan:

  • Xiaomi Mi A1
  • Kabel USB-C
  • Komputer

Proses memasang GCam ada di halaman berikutnya.

[nextpage title=”Langkah Memasang Google Camera Pada Xiaomi Mi A1″]

Langkah 1

Di komputer, muat turun fail ini.

Kemudian, unzip kandungan fail.

Lancarkan GCam Mi A1.exe. Kemudian klik Install Drivers.

Pilih 1.4.3 untuk mengarahkan program memasang driver Android pada komputer. Di tetingkap biru nanti, cuma tekan Y dan Enter sampai siap.

Langkah 2

Di telefon, Matikan apa-apa fungsi keselamatan seperti pattern, password, ataupun pengimbas cap jari. Kemudian, pergi ke Developer Options dan aktifkan fungsi ini:

  • OEM Unlocking
  • USB Debugging

Langkah 3

Selesai semua prasyarat itu di atas, sambungkan telefon anda ke komputer dan lancarkan kembali GCam Mi A1.exe

Kemudian tekan pada Enable HAL3, EIS, dan install GCam.

Ambil segelas Milo tanpa gula dan nikmati sambil program melakukan tugasan. Biasanya mengambil masa kurang daripada 10 minit. Telefon akan mengalami reboot, jangan khuatir.

Langkah 4

Di paparan TWRP yang berwarna biru, cari pilihan keep read only kemudian cari pilihan Reboot dan pilih Reboot System.

Semasa Reboot, anda akan diberi amaran yang bootloader anda dalam keadaan unlocked dan sistem tidak boleh memeriksa kerosakkan. Jangan gelabah, tunggu sehingga boot selesai.

Langkah 5

Dalam keadaan telefon masih bersambung dengan komputer, lancarkan CMD dan taip:

adb reboot bootloader [enter]

Telefon akan terpadam sendiri dan akan reboot kemudian teks Fastboot akat kelihatan. Di komputer, taip pula:

fastboot oem lock [enter]
fastboot reboot [enter]

Selesai mengunci semula bootloader dan telefon akan reboot seperti biasa.

Tags: androidbokehfotografigoogle cameraMi A1 Malaysiapotretxiaomixiaomi mi a1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Rasai Kehebatan Kamera Pixel 2 Pada Mi A1 Tanpa Perlu Root

Rasai Kehebatan Kamera Pixel 2 Pada Mi A1 Tanpa Perlu Root

15 February 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER