fbpx

Rasai Kehebatan Kamera Pixel 2 Pada Mi A1 Tanpa Perlu Root

Langkah Memasang Google Camera Pada Xiaomi Mi A1

Langkah 1

Di komputer, muat turun fail ini.

Kemudian, unzip kandungan fail.

Lancarkan GCam Mi A1.exe. Kemudian klik Install Drivers.

Pilih 1.4.3 untuk mengarahkan program memasang driver Android pada komputer. Di tetingkap biru nanti, cuma tekan Y dan Enter sampai siap.

Langkah 2

Di telefon, Matikan apa-apa fungsi keselamatan seperti pattern, password, ataupun pengimbas cap jari. Kemudian, pergi ke Developer Options dan aktifkan fungsi ini:

  • OEM Unlocking
  • USB Debugging

Langkah 3

Selesai semua prasyarat itu di atas, sambungkan telefon anda ke komputer dan lancarkan kembali GCam Mi A1.exe

Kemudian tekan pada Enable HAL3, EIS, dan install GCam.

Ambil segelas Milo tanpa gula dan nikmati sambil program melakukan tugasan. Biasanya mengambil masa kurang daripada 10 minit. Telefon akan mengalami reboot, jangan khuatir.

Langkah 4

Di paparan TWRP yang berwarna biru, cari pilihan keep read only kemudian cari pilihan Reboot dan pilih Reboot System.

Semasa Reboot, anda akan diberi amaran yang bootloader anda dalam keadaan unlocked dan sistem tidak boleh memeriksa kerosakkan. Jangan gelabah, tunggu sehingga boot selesai.

Langkah 5

Dalam keadaan telefon masih bersambung dengan komputer, lancarkan CMD dan taip:

adb reboot bootloader [enter]

Telefon akan terpadam sendiri dan akan reboot kemudian teks Fastboot akat kelihatan. Di komputer, taip pula:

fastboot oem lock [enter]
fastboot reboot [enter]

Selesai mengunci semula bootloader dan telefon akan reboot seperti biasa.

Contents

BACA  Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini