• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm X-H1 Hadir Untuk Mencabar a6500 Dan GH5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:54 pm
  • 19/02/2018
  • Komen
Fujifilm X-H1 Hadir Untuk Mencabar a6500 Dan GH5
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera daripada jenis mirrorless kini semakin menggantikan DSLR dalam segenap pelosok. Bukan sahaja lebih kompak dan mudah dibawa, kemampuannya kini sekurang-kurangnya sama seperti saudara DSLR-nya. Dalam videografi, nama seperti Sony a6500 dan Panasonic GH5 adalah memang belegar dalam kalangan juruvideo sekarang. Tapi, mari kita ucapkan selamat datang kepada pencabar baru daripada Fujifilm X-H1.

Kamera ini dilengkapi sensor bersaiz APS-C X-Trans III 24MP yang turut boleh ditemukan pada flagship seperti X-Pro2 dan X-T2. Bezanya sensor pada X-H1 adalah, ia merupakan kamera Fujifilm pertama dengan penstabil imej dalam badan (IBIS).



IBIS pada kamera ini memberikan sehingga 5 tahap kestabilan sungguhpun lensa yang digunakan tidak memiliki mekanisme penstabil optikal. Jika ada, pengguna boleh mencapai sehingga 5.5 tahap kestabilan.

Sumber gambar



Daripada sudut saiz sensor, sensor APS-C berada setaraf dengan a6500 dan sedikit besar berbanding sensor Micro Four Thirds (MFT) yang digunakan oleh GH5.

Untuk merakam video, kamera ini menyediakan beberapa pilihan resolusi seperti

  • 4K (4096 x 2160) sehingga 24 fps
  • 4K (3840 x 2160) sehingga 30 fps
  • 1080p sehingga 60 fps
  • 720p sehingga 60 fps

X-H1 memiliki rupa paras saling tak tumpah seperti sebuah X-T2. Semua tobol dan butang berada pada tempat biasa. Kontur gripnya mengujur sedikit jauh dan ia menyumbang kepada tahap ergonomik yang tinggi semasa merakam video.

Ia boleh beroperasi seperti kamera biasa dan mampu melakukan tangkapan selanjar sepantas 14fps tanpa ada blackout pada paparan. Fujifilm X-H1 dijual bermula Mac ini di Amerika Syarikat pada harga bermula USD 1,900 (RM 7,391). Untuk perbandingan Sony a6500 dijual pada harga bermula USD 1,400 (RM 5,446) dan Panasonic GH5 pada harga bermula USD2,000 (RM 7,780).

[Sumber: DPReview]

Tags: fujifilmfujifilm siri xfujifilm x-h1fujilm xpanasonic gh5sony a6500
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm X-H1 Hadir Untuk Mencabar a6500 Dan GH5

Fujifilm X-H1 Hadir Untuk Mencabar a6500 Dan GH5

19 February 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN