• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga pelancaran Galaxy S9 mungkin lebih dari Galaxy S8

  • OLEH Najib
  • 12:01 am
  • 25/02/2018
  • Komen
Harga pelancaran Galaxy S9 mungkin lebih dari Galaxy S8
Share on FacebookShare on Twitter

Harga telefon pintar kelas utama semakin hari semakin menggerunkan. Lihat sahaja pada iPhone X yang dijual pada harga lebih dari RM5,000. Manakala Samsung juga melancarkan Galaxy Note8 tahun lepas pada harga kurang RM1 dari RM4,000.

Budaya ini mungkin akan diteruskan pada pelancaran telefon pintar terbaru Samsung esok di MWC 2018.



Menurut pembocor berita poular @evleaks, Galaxy S9 akan dijual pada harga EUR841 (~RM4,036) manakala Galaxy S9+ pula EUR997 (~RM4,785). Nampak macam lebih dari RM4,000 kan?

Pricing. pic.twitter.com/wu4GlK1FCU

— Evan Blass (@evleaks) February 22, 2018

Tetapi perlu diingatkan bahawa harga telefon pintar sememangnya jauh lebih mahal di Eropah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Contohnya Galaxy Note8 di Eropah berharga EUR999 (~RM4,796) tetapi harga rasminya di Malaysia hanyalah RM3,999.



Manakala di satu sudut lain Eropah pula, @rquandt menyatakan Galaxy S9 di Norway pula berharga NOK8,790 (~RM4,359) dan Galaxy S9+ pada NOK9,790 (~RM4,850). Untuk perbandingan, Galaxy Note8 di Norway berharga NOK9,900 (~RM4,951). Kebiasaannya, harga di Norway memang lebih tinggi berbanding jiran Eropahnya yang lain.

Excuse my shitty danish/norwegian: The Galaxy S9 (64GB) will cost 8790 NOK in Norway, Galaxy S9+ (64GB) will be 9790 NOK. Launching in Midnight Black, Coral Blue and Lilac Purple (in Norway). Pricing is up 1200/1300 NOK compared to S8/S8+. https://t.co/Lapgi5Kla2

— Roland Quandt (@rquandt) February 18, 2018

Apakah harga yang mungkin untuk Galaxy S9 di Malaysia? Kita semak balik, Galaxy S8 semasa dilancarkan tahun lepas dijual pada harga RM3,299 manakala Galaxy S8+ pula RM3,699.

Dari sini, kita dapat anggarkan harga Galaxy S9 dan S9+ akan lebih mahal dari Galaxy S8 dan S8+ semasa pelancarannnya, tetapi lebih murah dari Galaxy Note8. Kami jangka Galaxy S8 berharga sekitar RM3,499 ke RM3,599 manakala Galaxy S9+ pula dalam RM3,899 ke RM3,999.

Apa pula pandangan anda? Sudah pasti semua orang mahu benda yang lebih murah tetapi secara realistik, berapa agaknya harga Galaxy S9 dan S9+ ini kelak?

Nantikan laporan langsung kami di majlis pelancarannya esok.

Tags: Galaxy S9mwc18MWC2018samsungSamsung Galaxy S9
Najib

Najib

POPULAR

Harga pelancaran Galaxy S9 mungkin lebih dari Galaxy S8

Harga pelancaran Galaxy S9 mungkin lebih dari Galaxy S8

25 February 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER