• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor 9 Lite dijual eksklusif di Shopee dengan harga terkejut

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 06/03/2018
  • Komen
honor 9 Lite dijual eksklusif di Shopee dengan harga terkejut
Share on FacebookShare on Twitter

honor Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar honor 9 Lite, dengan kerjasama platform e-dagang Shopee. Kerjasama ini menyaksikan telefon pintar ini dijual dengan harga terkejut.

Telefon pintar honor 9 Lite diumumkan berharga RM749, menjadi pencabar kepada Redmi 5 Plus yang memiliki harga yang sama, dan spesifikasi hampir sama.



Tetapi khas pada 9 Mac, honor 9 Lite akan dijual RM50 lebih murah, iaitu RM699 sahaja. Jualannya boleh didapati di Stor Rasmi honor Shopee, yang akan dibuka pada jam 9 pagi pada 9 Mac juga. Malah, 150 pembeli pertama turut menerima produk kecantikan Maybelline bernilai RM50 secara percuma.

Bertemakan E9ually Beautiful, honor 9 Lite dipasang kamera hadapan dan belakang yang sama. Dwi lensa 13MP + 2MP, tetapi hanya kamera belakang dilengkapi auto fokus PDAF.



Kemudian, telefon ini memiliki kaca di hadapan dan belakang badannya. Ia diserikan lagi dengan dua warna menawan: Glacier Grey dan Sapphire Blue.

Paparan FullView Display di honor 9 Lite menepati citarasa masakini, berukuran 5.65-inci dengan nisbah 18:9 yang lebih lebar serta resolusi tajam HD Penuh+ 2160×1080.

Sistem operasi terkini EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo menambah tarikan honor 9 Lite. Bateri sebesar 3,000mAh memberi tenaga kepada cip Kirin 659 bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Selain Shocking Sale pada 9 Mac, Shopee juga akan mengadakan pertandingan swafoto di Instagram dari 12-31 Mac. 2 unit honor 9 Lite dan 10,000 Shopee coins menjadi hadiah peraduan Instagram ini.

Untuk menyertai peraduan Instagram ini, tangkap swafoto bersama BFF dan muat naik ke Instagram anda dan sertakan kapsyen mengapa BFF anda cantik. Tag @shopee_my bersama tanda pagar #ShopeeXhonor.

honor juga akan membuat jualan bersama TNTCO pada 20 Mac, serta Maybelline pada 27 Mac di Shopee.

Jangan ketinggalan mendapatkan honor 9 Lite dengan harga terkejut RM699 pada 9 Mac ini di Stor Rasmi honor Shopee.

Tags: honorhonor 9 Litehonor 9 Lite Malaysiahonor malaysiaShopee
Najib

Najib

POPULAR

honor 9 Lite dijual eksklusif di Shopee dengan harga terkejut

honor 9 Lite dijual eksklusif di Shopee dengan harga terkejut

6 March 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN