• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Book 2 dan Surface Laptop tiba menyertai Surface Pro di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 13/03/2018
  • Komen
Microsoft Surface Book 2 dan Surface Laptop tiba menyertai Surface Pro di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft Malaysia hari ini merasmikan ketibaan dua model komputer riba mereka ke Malaysia, Surface Book 2 dan Surface Laptop. Ia menyertai gerombolan tablet Surface Pro yang telah sekian lama menetap di Malaysia.

Surface Book 2 adalah sebuah laptop berprestasi tinggi dengan kuasa bateri yang tahan lama, sehingga 17 jam katanya. Ia ditawarkan dalam dua saiz skrin, 13.5-inci dan 15-inci dalam nisbah 3:2.



Surface Book 2 ini nampak seperti sebuah laptop biasa, tetapi skrinnya boleh dicabut dari papan kekunci dan digunakan seperti tablet. Ini membolehkan ia digunakan dalam pelbagai posisi seperti mod laptop, mod studio, mod menonton dan tablet.

Kuasanya yang tinggi diperolehi dari pemproses Intel Core-i generasi ke-8, RAM antara 8 atau 16GB, storan SSD sehingga 1TB dan kuasa grafik sehingga NVIDIA GeForce GTX1060.



Surface Laptop pula adalah pilihan untuk mereka yang mahukan rekaan minimalistik. Beratnya hanya 1.25kg dan ketebalan kurang dari 14.5mm.

Rupanya seperti Surface Pro dengan papan kekunci menggunnakan kemasan Alcantara, tetapi papan kekuncinya tidak boleh dicabut.

Kelebihan utama Surface Laptop berbanding tablet Surface Pro adalah bateri yang tahan lebih lama, sehingga 14 jam. Ia diperkasa pemproses Intel Core-i generasi ke-7, bersama storan SSD dan RAM sehingga 16GB.

Skrin Surface Laptop berukuran 13.5-inci dengan resolusi HD Penuh dan nisbah 3:2 yang sama dengan Surface Pro, serta memiliki fungsi skrin sentuh.

Surface Laptop tidak menggunakan Windows 10 biasa, sebaliknya menjalankan versi lebih ringan Windows 10 S. Microsoft menyatakan ia lebih selamat dan pantas dari Windows 10 biasa, tetapi hanya boleh memasang aplikasi yang dimuat turun dari Windows Store sahaja.

Berita baiknya, pengguna Surface Laptop boleh menukar Windows 10 S kepada Windows 10 Pro secara percuma, bila-bila masa. Tetapi sekali bertukar ke Windows 10 Pro, tiada jalan patah balik ke Windows 10 S. Siapa yang perlukan Windows 10 S kan?

Surface Laptop telah sedia dijual di Malaysia, manakala Surface Book 2 akan dijual bermula dari 15 Mac 2018. Ia boleh didapati dari pengedar sah Microsoft di bawah:

  1. All IT Hypermarket
  2. ‎Harvey Norman
  3. ‎Lazada
  4. ‎PC Image (Gizmart)
  5. ‎Senheng Electric
  6. ‎senQ Digital Station
  7. ‎SNS Network
  8. ‎Thunder Match Technology

Senarai spesifikasi, aksesori dan harga adalah seperti berikut:

Surface Book 2

  • 13.5″ Intel Core i5-7300U/8GB RAM/256GB SSD/HD Graphics 620 – RM6,899
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/8GB RAM/256GB SSD/GeForce GTX1050 – RM8,899
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/512GB SSD/GeForce GTX1050 – RM11,199
  • 13.5″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/1TB SSD/GeForce GTX1050 – RM13,399
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/256GB SSD/GeForce GTX1060 – RM10,799
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/512GB SSD/GeForce GTX1060 – RM12,499
  • 15.0″ Intel Core i7-8650U/16GB RAM/1TB SSD/GeForce GTX1060 – RM14,199

Surface Laptop

  • Intel Core i5/4GB RAM/128GB SSD – RM4,499
  • Intel Core i5/8GB RAM/256GB SSD – RM5,849 
  • Intel Core i7/8GB RAM/256GB SSD – RM7,199 
  • Intel Core i7/16GB RAM/512GB SSD – RM10,029
  • Intel Core i7/16GB RAM/1TB SSD – RM12,399

Aksesori Surface

  • Surface Pen – RM299
  • Surface Arc Mouse – RM459
  • Surface Mouse – RM249
  • Surface Precision Mouse – RM399
  • Surface Keyboard – RM519
  • Surface Dock – RM789
Tags: MicrosoftMicrosoft MalaysiaMicrosoft Surface Book 2Microsoft Surface LaptopSurface Book 2Surface Laptop
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Microsoft Surface Book 2 dan Surface Laptop tiba menyertai Surface Pro di Malaysia

Microsoft Surface Book 2 dan Surface Laptop tiba menyertai Surface Pro di Malaysia

13 March 2018
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER