Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

unifi TV berhenti bagi Viu premium percuma

Jika anda pengguna TM unifi dan melanggan pek unifi TV Varnam, Aneka atau Ruby, tahukah anda menerima akses percuma ke kandungan premium Viu? Tapi akses percuma ini akan dihentikan tidak lama lagi.

Tak kenal apa itu Viu? Viu adalah satu platform strim kandungan hiburan seperti iflix dan Netflix, tetapi ia memfokuskan kepada kandungan dari Asia, terutama sekali rancangan TV, drama dan filem dari Korea, Jepun serta China.

TM memberikan akses ke kandungan premium Viu kepada semua pelanggan pek Varnam, Aneka atau Ruby, sejak tahun lepas. Tetapi baru-baru ini mereka mengumumkan pemberhentian tawaran ini.

Hujung bulan ini, 31 Mac 2018 adalah tarikh terakhir tawaran ini diberikan, selepas itu tiada lagi kandungan premium Viu percuma untuk pelanggan unifi TV tadi. Tetapi Viu ada menawarkan kandungan bukan premium percuma untuk semua, jadi masih ada beberapa rancangan yang boleh ditonton di platform tersebut.

Jika anda masih berminat untuk menonton kandungan premium Viu, ia boleh dilanggan RM10 sebulan. Selain kandungan premium, pelanggan premium juga boleh menonton semua kandungan tanpa gangguan iklan.

BACA  Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke