• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO A71 ditambah storan dikurang harga

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 21/03/2018
  • Komen
OPPO A71 ditambah storan dikurang harga
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat telefon pintar OPPO dengan bajet yang kecil, A71 yang diperbaharui ini mungkin untuk anda. Telefon yang dilancarkan pada tahun lepas ini, kini digandakan storan dalaman dan diberi tanda harga lebih rendah.

OPPO A71 pertama kali dilancarkan dengan konfigurasi 3GB RAM bersama 16GB storan berharga RM858. Kini dengan storan berganda 32GB, ia akan dijual pada harga RM699 bermula 22 Mac 2018.



Bagaimanapun, OPPO A71 32GB ini dijual secara eksklusif oleh Digi, dan hanya boleh dibeli di stor dalam dan luar talian Digi sahaja. Digi menawarkan pakej bersama pelan Digi Postpaid 58, menjadikan harga OPPO A71 kepada RM299 sahaja.

OPPO A71 yang baru ini dikuasakan cip Mediatek MT6750 8-teras, dengan 3GB RAM dan 32GB storan. Ia memiliki tiga slot kad berasingan, dua slot untuk kad sim dan slot ketiga bagi kad mikroSD.



Skrinnya berukuran 5.2-inci 16:9 dengan resolusi HD. Bateri di dalamnya berkapasiti 3,000mAh.

OPPO A71 dibekalkan kamera belakang 13MP f/2.2 dan kamera hadapan 5MP f/2.4. Kamera hadapannya memiliki fungsi bokeh untuk menghasilkan gambar ala-potret, dengan kesan latar kabur yang menarik.

Berkunjunglah ke stor Digi berhampiran pada 22 Mac nanti jika ingin memiliki OPPO A71 dengan storan lebih besar ini. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web OPPO Malaysia.

Attention: The internal data of table “18” is corrupted!
Tags: oppoOPPO A71OPPO A71 32GBOPPO A71 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO A71 ditambah storan dikurang harga

OPPO A71 ditambah storan dikurang harga

21 March 2018
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN