Sukan Komanwel 2018 akan berlangsung di Gold Coast Australia 2018 bermula hari ini hingga 15 April 2018. Tahukah anda bahawa kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah penyertaan kita dalam sukat itu?
Untuk tidak terlepas peluang menyaksikan atlet kita bertanding di sana, unifi TV selaku peyiar rasmi Gold Coast 2018 akan menyiarkan sukan itu secara percuma melalui 6 saluran khas.
Sepanjang 4 hingga 15 April ini, anda boleh menonton saluran:
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 1 (CH 750)
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 2 (CH 751)
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 3 (CH 752)
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 4 (CH 753)
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 5 (CH 754)
- HyppSports HD – Gold Coast 2018 6 (CH 755)
Ia boleh dinikmati oleh semua pengguna unifi TV sama ada anda menontonnya melalui dekoder ataupun APP penstriman di Android ataupun iOS.