Jika anda sedang mencari sebuah telefon kelas permulaan berbateri besar, anda mungkin boleh mempertimbangkan Zenfone 4 Max Pro. Dilancarkan pada harga RM1,099, kemudiannya diselaraskan ke RM899, telefon ini sekali lagi menerima penyelarasan harga kepada RM699.
Salah satu kelebihan telefon ini adalah pada kapasiti baterinya yang besar. Anda beroleh sehingga 5,000mAh tenaga untuk digunakan sepanjang hari. Mungkin sehingga 2-3 hari.
Oleh sebab dilancarkan tahun lepas, ia masih belum dipengaruhi trend skrin memanjang seperti sekarang. Maka, anda menerima sebuah telefon berskrin 5.5″ 16:9 dengan panel paparan beresolusi HD 720p sahaja.
Pada papan utama, ia dikuaskan cip Snapdragon 430 yang bergandingan bersama RAM sebesar 3GB dan storan 32GB. Di jabatan pengimejan, anda akan menemui kamera 16MP dan 5MP bersudut pandang luas pada bahagian belakang. Untuk berswafoto, Asus menyediakan kamera 16MP F2.0
Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah Zenfone 4 Max Pro, anda boleh ke laman Lazada ataupun kedai-kedai fizikal berhampiran anda.
Spesifikasi Asas Zenfone 4 Max Pro (ZC554KL)