• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boleh dapat Huawei P20 Pro serendah RM1 di Maxis?

  • OLEH Najib
  • 3:29 pm
  • 05/04/2018
  • Komen
Boleh dapat Huawei P20 Pro serendah RM1 di Maxis?
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei secara rasminya akan mula menjual telefon pintar terbaru mereka, Huawei P20 dan P20 Pro bermula 6 April 2018 di Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkannya pada harga yang lebih rendah, kontrak bersama syarikat telekomunikasi adalah satu pilihan yang biasa.

Tetapi anda mungkin boleh membelinya pada harga hanya RM1 dengan Maxis. Ini berikutan banner berkaitan yang telah dimuat naik Maxis di laman webnya, menyatakan Huawei P20 | P20 pro akan datang dari serendah RM1. Harga jualan Huawei P20 adalah RM2,599 manakala Huawei P20 Pro pula RM3,299. Betul ke RM1 ni?



Maklumat penuh tentang tawaran ini masih belum ada, tetapi sudah pasti ia perlu diikat bersama kontrak di Maxis. Kontrak yang mana? Semestinya pelan termahal iaitu MaxisOne 188. Tetapi mungkin bukan setakat pelan ini sahaja.

Semasa pelancaran Huawei Mate 10 Pro yang lepas, Maxis juga membuat tawaran RM1. Tetapi ia perlu dikontrakkan selama 24 bulan dengan pelan MaxisONE 188 bersama satu talian tambahan MaxisONE Share padanya. Bermakna, perlu membayar komitmen RM188+RM48 = RM236 sebulan selama 24 bulan bagi mendapatkan Mate 10 Pro pada harga RM1.



Pelan MaxisONE 188 memberikan pengguna 60GB data sepanjang masa, bersama panggilan dan SMS tanpa had penggunaan. Pelan MaxisONE Share pula menambah 5GB data ke dalam kuota talian utama, menjadikan jumlah data 65GB untuk kegunaan dua talian bersama. Talian kedua ini juga menerima 5GB data hujung minggu setiap bulan, selain panggilan dan SMS tanpa had.

Jika Maxis melaksanakan langkah yang sama, berkemungkinan besar Huawei P20 Pro boleh dimiliki serendah RM1 bersama pelan MaxisONE 188 + MaxisONE Share. Lagi menarik kalau Maxis dapat menawarkan Huawei P20 pada harga RM1 dengan pelan yang lebih rendah, seperti MaxisONE 158.

Nampaknya kita perlu tunggu pengumuman lanjut dari Maxis dahulu, harapnya akan diberitahu pada 6 April nanti.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MaxisHuawei P20Huawei P20 PromaxisMaxis Huaweimaxisone
Najib

Najib

POPULAR

Boleh dapat Huawei P20 Pro serendah RM1 di Maxis?

Boleh dapat Huawei P20 Pro serendah RM1 di Maxis?

5 April 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN