• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 8 (RED) terhasil selepas Apple mendengar saranan rakyat

  • OLEH Najib
  • 9:30 pm
  • 09/04/2018
  • Komen
iPhone 8 (RED) terhasil selepas Apple mendengar saranan rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mengumumkan barisan produk (RED) baru mereka, didahului dengan telefon pintar iPhone 8 dan 8 plus berwarna merah serta beberapa aksesori dan perkakas khas berwarna merah. Tempahan akan dibuka bermula esok dengan jualan bermula Jumaat ini, 13 April 2018.

Bagaimanapun, seperti biasa Malaysia tidak termasuk dalam gelombang pertama jualan. Tetapi kita tidak perlu menunggu lama kerana Apple menyenaraikan Malaysia dalam jualan terkemudian di bulan April juga. Tidak terlalu lama menunggu.



Penghasilan produk RED oleh Apple menunjukkan sokongan sokongan berterusan mereka, membantu penyelidikan serta bantuan perubatan berkaitan HIV dan AIDS. Sejak bekerjasama dengan (RED) pada tahun 2006, Apple telah menyumbang sebanyak USD160 juta kepada Dana Antarabangsa tersebut.

Berbanding iPhone edisi (RED) sebelum ini yang menggunakan kemasan berwarna putih di hadapan, untuk iPhone 8 ia menggunakan kemasan hitam. Mungkin ini dibuat selepas Apple mendengar pendapat orang ramai yang mahukan kemasan hitam di hadapan. Selain nampak lebih menawan, ia juga menjadikan skrin iPhone 8 seperti tiada bezel. Sememangnya lebih menarik dipandang.



iPhone 8 dan 8 Plus edisi khas (RED) ini akan dijual pada harga yang sama seperti warna lain, iaitu:

  • iPhone 8 64GB USD699 (RM3,649)
  • iPhone 8 256GB USD849 (RM4,399)
  • iPhone 8 Plus 64GB USD749 (RM4,149)
  • iPhone 8 Plus 256GB USD949 (RM4,899)

iPhone 8 merupakan peranti Apple dengan skrin 4.7-inci, manakala iPhone 8 Plus pula memiliki skrin 5.5-inci. Kedua-duanya dengan resolusi Retina HD. Ia dikuasakan cip A11 Bionic bersama cip motion M11.

iPhone 8 dipasang dengan satu kamera belakang 12MP F1.8 manakala iPhone 8 Plus dipasang dengan dwi-kamera belakang, 12MP F1.8 sudut lebar dan 12MP F2.8 telefoto. Gandingan ini memberikan kemampuan seperti zum optikal. Untuk kamera hadapan pula ia dipasang sensor 7MP FaceTime HD.

Siri ini masih menggunakan pengimbas capjari Touch ID di butang Home, dan ia juga kalis air dan debu IP67. Di samping itu, ia turut menyokong pengecasan wayarles.

Walaupun tiada iPhone X edisi (RED) dihasilkan, Apple menyediakan perkakas khas (RED) untuk iPhone X berupa casing kulit (Leather Folio). Ia akan dijual pada harga USD99 dan disertai beberapa lagi perkakas (RED) yang lain seperti fon kepala Beats Solo3 Wireless On-Ear, speaker Beats Pill+ dan aksesori untuk iPhone, iPad dan Apple Watch.

Layari laman web www.apple.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple dan produk (RED).

[Sumber: Apple]

Tags: appleapple malaysiaApple REDiphone 8iphone 8 plusiPhone 8 Plus REDiPhone 8 RED
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 8 (RED) terhasil selepas Apple mendengar saranan rakyat

iPhone 8 (RED) terhasil selepas Apple mendengar saranan rakyat

9 April 2018
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN