• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax baru bagi pengguna pilih freebies kegemaran

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 18/04/2018
  • Komen
Xpax baru bagi pengguna pilih freebies kegemaran
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini mengumumkan pek sim dan pelan internet serba baru untuk prabayar Xpax. Ia memberi pilihan untuk memilih jenis data percuma mengikut selera pengguna.

Pek sim permulaan prabayar Xpax berharga RM10, dilengkapi data berkelajuan tinggi 300MB aktif selama 5 hari, RM6 kredit serta 10GB internet asas sebulan.



Setiap bulan selama talian aktif, pengguna prabayar Xpax boleh memilih salah satu dari 4 freebies di bawah ini, yang boleh ditukar pengguna setiap bulan jika mahu:

  • 10GB Facebook
  • 10GB Instagram
  • 3GB YouTube
  • WhatsApp, WeChat & Twitter tanpa had

Pelan internet Xpax juga diperbaharui dengan pakej baharu. Semua pelan internet kini diberikan data Music Walla tanpa had. Akses iflix premium bernilai RM10/bulan disertakan dalam pelan mingguan dan bulanan.



Pelan bulanan ditambah lagi dengan YouTube tengah malam (1am-7am) tanpa had, di samping Music Walla tanpa had serta akses iflix premium.

Bersama pelan Xpax baru ni, Celcom turut melancarkan aplikasi Celcom Life. Ia adalah pusat sehenti untuk pelan Celcom dan Xpax, untuk memeriksa pelbagai info berkenaan talian mereka dan mendapatkan tawaran terkini Celcom.

Maklumat lanjut tentang Xpax serba baru ini boleh didapati di laman web Celcom Prepaid.

Tags: xpaxXpax PostpaidXpax Prepaid
Najib

Najib

POPULAR

Xpax baru bagi pengguna pilih freebies kegemaran

Xpax baru bagi pengguna pilih freebies kegemaran

18 April 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN