• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A6 dan A6+ baru ada kamera lebih besar

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 02/05/2018
  • Komen
Samsung Galaxy A6 dan A6+ baru ada kamera lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Galaxy A8 dan A8+ diperkenal awal tahun ini, Samsung hari ini menambah barisan peranti kelas pertengahan dengan model baru Galaxy A6 dan A6+. Ia membawa banyak ciri-ciri baru kelas flagship yang boleh dinikmati oleh pengguna kelas pertengahan.

Galaxy A6 dan A6+ yang baru ini hanya sama dari rupa luaran, tetapi banyak berbeza di sudut yang lain. Sebanyak empat warna disediakan iaitu Biru, Emas, Lavender dan Hitam.



Bagi Galaxy A6, ia didatangkan dengan satu kamera belakang 16MP F1.7 dan satu kamera hadapan 16MP F1.9 yang memiliki LED Flash boleh ubah. Ini dipadankan dengan skrin Super AMOLED Infinity Display selebar 5.6-inci dengan nisbah 18.5:9 dan resolusi HD+ 1480×720.

Kuasa dalaman diuruskan oleh pemproses 8-teras 1.6GHz bersama 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman antara 32GB dan 64GB. Ia menyokong kad mikroSD sehingga 256GB.



Bateri pada Galaxy A6 sebesar 3,000mAh dan ia dicas melalui mikroUSB.

Di Galaxy A6+ pula, ia memiliki dua kamera belakang 16MP F1.7 + 5MP F1.9 untuk menghasilkan efek bokeh yang menarik. Dengan Live Focus, efek bokeh boleh diubahsuai sebelum atau selepas mengambil gambar. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 24MP juga dengan LED Flash boleh ubah.

Skrin Galaxy A6+ juga lebih besar, paparan Super AMOLED berukuran 6.0-inci dengan nisbah 18.5:9 dan resolusi FHD+ 2220×1080. Ia dipasang bateri sebesar 3,500mAh dan dicas melalui sambungan mikroUSB.

Pemproses lebih bertenaga digunakan untuk Galaxy A6+, dengan 8-teras 1.8GHz, 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 32GB atau 64GB. Kad mikroSD sehingga 256GB boleh dimuatkan di dalamnya.

Sistem bunyi Dolby Atmos diterapkan di dalam model baru Galaxy A6 dan A6+ ini, tetapi ia hanya boleh dinikmati melalui sambungan fon kepala sahaja. Bermakna, ia masih ada port audio 3.5mm yang terletak di bawah.

Kedua-dua Galaxy A6 dan A6+ tidak kalis air dan debu seperti Galaxy A8 yang baru, tetapi ia masih dibekalkan teknologi Bixby Vision, Bixby Home dan Reminder, kecuali Bixby Voice yang terdapat pada peranti kelas flagship sahaja. Pembayaran nirtunai Samsung Pay juga terdapat pada Galaxy A6 dan A6+ yang baru ini.

Telefon pintar Samsung Galaxy A6 dan A6+ yang baru ini akan mula dijual di pasaran antarabangsa sekitar bulan mei ini. Tetapi penjualan di Malaysia masih belum disahkan lagi. Harga juga masih belum diberitahu, tetapi pasti ia lebih murah dari Galaxy A8 dan A8+.

[Sumber: Samsung]

Attention: The internal data of table “46” is corrupted!
Tags: Galaxy A6samsungSamsung Galaxy A6
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A6 dan A6+ baru ada kamera lebih besar

Samsung Galaxy A6 dan A6+ baru ada kamera lebih besar

2 May 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER