• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm Instax SQUARE SQ6 Adalah Instagram Versi Hipster

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:33 pm
  • 15/05/2018
  • Komen
Fujifilm Instax SQUARE SQ6 Adalah Instagram Versi Hipster
Share on FacebookShare on Twitter

Fotografi analog masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tapi kali ini, Fujifilm menyalutkannya dengan modenisasi untuk seiring dengan arus semasa. Barisan siri Fujifilm Instax adalah produk kamera analog untuk mengisi pasaran ini dan terbaru adalah Instax SQUARE SQ6 khas untuk jurugambar on-the-spot.

Bahagian depan nampak macam logo Instagram



Sekilas pandang, SQ6 pada pandangan depan kelihatan seperti ikon Instagram. Badannya lebih bersegi berbanding kamera Instax lain yang lebih melengkung.

Bahagian belakang yang minimalistik



Sebahagian besar badannya diperbuat daripada plastik dan amat ringan untuk dipegang. Ia beroperasi menggunakan sebuah bateri untuk menguasakan flash serta motor penolak filem.

7 mode untuk menangkap gambar

Terdapat pintu belakang pada bahagian belakang kamera ini yang menjadi tempat memasukkan kotak filem yang dijual secara berasingan. SQ6 menggunakan filem petak dan hadir dalam 2 warna bingkai iaitu hitam dan putih.

Instax SQUARE SQ6 amat mudah digunakan. Ada beberapa mode shooting yang boleh digunakan bergantung pada senario. Antaranya adalah:

  1. Auto Mode akan menyukat jumlah cahaya dan sistem menetapkan kekuatan flash dan kepantasan shutter.
  2. Selfie Mode akan mencari tetapan optimum untuk memfokuskan pada muka.
  3. Exposure Adjustment memberikan keupayaan mengawal kecerahan gambar.
  4. Macro Mode digunakan untuk mengambil gambar subjek jarak dekat sekurang-kurangnya 30cm.
  5. Landscape Mode boleh diaktifkan apabila mengambil gambar panorama.
  6. Double Exposure Mode akan menindihkan dua dedahan pada satu filem.
  7. Flash Off boleh digunakan jika anda tidak mahu cahaya flash menganggu cahaya semula jadi di persekitaran tempat anda mengambil gambar.

Filem baru INSTAX SQUARE dengan bingkia hitam

Bersama-sama kamera itu, anda akan menerima tiga penuras cahaya berwarna untuk memberikan lebih banyak potensi penghasilan gambar kreatif kepada anda.

Fujifilm INSTAX SQUARE SQ6 dijual pada harga pada harga RM598 dan setiap pembelian akan menerima beberapa hadiah seperti casing, 2 kotak filem, dan bateri boleh cas semula CR2. Anda boleh mendapatkannya dalam tiga warna iaitu Pearl White, Brush Gold, dan Graphite Gray.

Tags: fujifilmfujifilm instaxfujifilm malaysiainstaxinstax squarekamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm Instax SQUARE SQ6 Adalah Instagram Versi Hipster

Fujifilm Instax SQUARE SQ6 Adalah Instagram Versi Hipster

15 May 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN