• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS ZenFone 5 sah tiba bersama Max Pro M1

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 21/05/2018
  • Komen
ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X
Share on FacebookShare on Twitter

Kami telah memaklumkan akan ketibaan pesaing kepada Redmi Note 5, iaitu ASUS ZenFone Max Pro M1 akan dilancarkan di Malaysia pada 31 Mei nanti. Rupanya, ia tidak akan tiba berseorangan.

Pelancaran ASUS ZenFone Max Pro M1 kelak akan mengiringi juga ketibaan ASUS ZenFone 5, yang pertama kali diperkenalkan di pameran MWC 2018 di Barcelona, Sepanyol. Ia adalah siri flagship dari ASUS yang memiliki rupa luaran amat mirip seperti iPhone X.



Bagaimanapaun, hanya siri ZenFone 5 sahaja yang akan dilancarkan pada 31 Mei nanti. Manakala ZenFone 5z dengan kuasa Snapdragon 845 akan diumumkan di Malaysia di kemudian hari. Mungkin sebulan selepas itu.

Jika anda tidak kenal, ZenFone 5 memiliki skrin Super IPS+ berukuran 6.2-inci, dengan resolusi FHD+ 2246×1080. Skrin terlebih tinggi ini memiliki takuk di atas, menjadikan rupanya seperti iPhone X.



Kuasa dalamannya pula digerakkan oleh cip Snapdragon 636 bersama RAM antara 4GB atau 6GB. Storan pula sebesar 64GB dan boleh ditambah menggunakan kad mikroSD sehingga 2TB.

Kamera belakangnya pula dwi-lensa 12MP F1.8 yang disusun menegak, dengan kuasa penstabil imej optikal 4-paksi, serta lensa lebar 120-darjah. Kamera hadapan pula 8MP F2.0.

Satu pembaharuan pada ZenFone 5 adalah dua speaker padanya, tetapi kedua-duanya terletak di bawah telefon. Berita baik, ia masih ada port audio 3.5mm. Baterinya sebesar 3,300mAh dan dicas melalui sambungan USB-C. ZenFone 5 akan menjalankan Android 8.0 Oreo bersama antaramuka ZenUI 5.

ZenFone 5 telah dilancarkan di Indonesia dengan harga bermula dari IDR 4,299,000 (~RM1,207) untuk versi 4GB RAM + 64GB storan. Manakala Zenfone 5z pula berharga IDR 6,499,000 (~RM1,825) dengan spec 6GB RAM dan 128GB storan, serta IDR 7,499,000 (~RM2,106) bagi spec 8GB RAM dan 256GB storan.

Dengan kuasa pemproses yang sama, ZenFone 5 boleh dikatakan mirip dengan ZenFone Max pro M1. Perbezaan ketara adalah pada jenis skrin, kamera dan sistem operasi, di mana Max Pro M1 memiliki skrin 6.0-inci FHD+ tanpa takuk, serta menggunakan Android Tulen.

Untuk harga pula, di Indonesia Max Pro M1 6GB+64GB dijual pada IDR 3,299,000 (~RM931) manakala ZenFone 5 4GB+64GB pula IDR 4,299,000 (~RM1,207). Yang mana akan anda pilih?

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran ZenFone 5 bersama ZenFone Max Pro M1 pada 31 Mei 2018 kelak.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone 5ASUS ZenFone 5 Malaysiazenfone 5ZenFone 5 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

ZenFone 5 kembali sebagai kembar siam buah iPhone X

ASUS ZenFone 5 sah tiba bersama Max Pro M1

21 May 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER