[Reviu] Nova 3e: Cantik Rupa, Senang Harga

Pengalaman Guna & Hayat Bateri

Disebabkan ia diletakkan dalam kelas bajet untuk  menemani P20 dan P20 Pro menempuhi kancah 2018, harapan yang tinggi tidak seharusnya diletakkan pada bahu nova 3e untuk pengalaman mengguna yang cemerlang. Jika anda memerlukan sebuah telefon yang berupaya melakukan tugasan berat, anda seharusnya menoleh pada P20 dan P20 Pro.

Jika anda menggunakan nova 3e berbekalkan persepsi tersebut, anda akan dapati yang nova 3e adalah sebuah mesin yang boleh diharapkan. Ia mampu menjalankan APP medsos dengan lancarnya dan jika ingin melakukan penyuntingan gambar sebelum berkongsi, Snapseed turut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Untuk gaming pula, agak sukar untuk menyarankan telefon ini untuk tujuan tersebut. Berbanding telefon ber-Snapdragon 625 yang saya gunakan untuk bermain Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battleground Mobile, ia terpaksa berusaha lebih untuk memberikan hasil gambar yang licin. Saya mengalami frame drop terutama melibatkan banyak pergerakkan yang berlaku di atas paparan.

Perkara itu tidak berlaku pada telefon ber-Snapdragon yang saya cuba seperti Xiaomi Mi A1 dan ASUS Zenfone 4 Selfie Pro.

Besar kemungkinan GPU Mali yang dimiliki Kirin 659 tidak cukup berkuasa untuk menampung render 3D secekap Adrena pada Snapdragon.

Sungguhpun begitu, jika gaming adalah pemberat yang paling bawah dalam senarai prioriti pembelian telefon, nova 3e semestinya perlu berada dalam 3 teratas telefon yang anda perlu pertimbangkan.

Untuk kualiti kamera, saya memberikannya satu seksyen khas kerana Huawei dan fotografi mudah alih tidak boleh dipisahkan. Tapi sebelum itu, mari kita lihat pada hayat prestasi bateri nova 3e.

Hayat Bateri

Saya ingin melaporkan yang hanyat bateri pada nova 3e adalah baik. Tiada masalah kepanasan dirasai semasa bermain dan screen-on-time (SOT) yang diperoleh untuk satu isian penuh bateri adalah sekurang-kurangnya 3 jam dengan penggunaan kasual.

BACA  Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi

Seperti biasa, panel paparan menelan paling banyak bateri diikuti dengan modem selular. Pada telefon ini, saya menggunakan kedua-dua slot SIM.

Ada pengecasan pantas pada telefon ini dan ia memiliki rating 9 V, 2 A (18 W) pada blok mengecas. Unit reviu yang diterima kami tidak disertakan dengan blok pengecas. Jadi kami mengecas menggunakan kabel USB pihak ketiga dan pegencas 5 V, 2 A (10 W).

Untuk pengecasan menggunakan 10 watt tenaga, wasa yang diambil untuk mengecas penuh nova 3e semasa bateri hampir 0% adalah hampir 2 jam ataupun lebih tepat, 117 minit.

Rumusan daripada satu kitar mengecas penuh nova 3e adalah seperti berikut:

  • 30 minit mengisi 30% bateri
  • 50% mengambil masa 49 minit
  • 100% mengamgil masa 117 minit

Tapi jika anda membeli set lengkap dan mengecas menggunakan tenaga 18 watt, pastinya masa mengecas yang akan anda alami jauh lebih pantas daripada graf. Sebagai perbandingan pada Huawei P20 yang kami reviu tempoh hari, mengecas bateri 3,400 mAh yang dimilikinya mengambil masa 70 minit.

Untuk Huawei nova 3e, anda boleh jangkakan prestasi sekitar itu kerana telefon ini memiliki bateri yang lebih kecil.

Sebelum memberi kesimpulan untuk reviu nova 3e, saya ingin membawa anda ke sekseyn fotografi.

Contents