• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 11/06/2018
  • Komen
Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dah bersiap-siap nak pulang raya, atau masih mencari kenderaan untuk pulang ke kampung? Jika anda ingin memandu sendiri, apa kata anda semak promosi terbaru SOCAR ini.

SOCAR adalah perkhidmatan sewa kereta di dalam aplikasi sepenuhnya. Anda tidak memerlukan kunci kereta, kerana ia dikawal menggunakan aplikasi. Pengguna juga tidak perlu risau tentang petrol kerana kadar sewaan termasuk 30km petrol setiap jam. Parking juga disediakan khas, maka pengguna boleh mengambil kereta dan memulangkannya di tempat yang disediakan dengan mudah.



Celebrate this Raya holidays with our Raya Pass! Get 48 hours off when you make a minimum booking of 7 or 5 days! Offer is valid from 11 June – 24 June 2018. T&C apply #SOCARmy #tapunlockdrive #carsharing #multiflex #RayaPass pic.twitter.com/Nxpkd6NPC2

— SOCAR Malaysia (@socarmalaysia) June 11, 2018

SOCAR kini menawarkan promosi balik kampung sempena Hari Raya yang memberikan pengguna masa percuma 48 jam atau 2 hari, dengan setiap sewaan 5 hari atau 7 hari. Promosi ini berjalan dari hari ini, 11 Jun hingga 24 Jun 2018. Untuk menggunakan promosi ini, pengguna perlu memasukkan kod promosi RAYAPASS5 untuk sewaan 5 hari, atau RAYAPASS7 untuk sewaan 7 hari.

Perkara paling menarik apabila menggunakan kenderaan SOCAR, adalah minyak percuma yang datang bersamanya. Untuk setiap sewaan 1 jam, pengguna menerima 30km perjalanan percuma. Sewaan sehari atau 24 jam pula, hanya perlu membayar kadar 10 jam dan ini memberikan pengguna minyak percuma sejauh 300km.



Apakah yang dimaksudkan dengan minyak percuma ini? Setiap kereta SOCAR disertakan kad petrol di mana pengguna perlu memastikan tangki minyak kereta diisi lebih dari separuh sebelum memulangkan kereta. Jadi, isi sahaja minyak sehingga penuh menggunakan kad petrol ini, sebelum menghantar pulang kereta SOCAR.

Kalau sewa kereta 5 hari, bermakna boleh berjalan sejauh 1,500km tanpa perlu memikirkan kos minyak. Sewa kereta 7 hari pula, boleh pergi sehingga 2,100km. Boleh pusing Semenanjung Malaysia macam ni.

Berapa pula kadar sewaan kereta SOCAR? Bergantung kepada jenis kereta dan hari, kerana kadarnya berbeza pada hari biasa dan hari minggu (Sabtu & Ahad). Di bawah ini kami senaraikan kadar sewaan SOCAR selama 5 hari pada hari biasa (Isnin-Jumaat) dan diskaun 2 hari:

  • Perodua Axia – RM400 RM240
  • Perodua Myvi – RM645 RM387
  • Volkswagon Polo – RM695 RM417
  • Perodua Alza – RM695 RM417
  • Honda City – RM745 RM447
  • Toyota Vios – RM745 RM447
  • Honda HRV – RM850 RM510

Ini pula kadar sewaan 7 hari (Isnin-Ahad) bersama diskaun 2 hari:

  • Perodua Axia – RM658 RM470
  • Perodua Myvi – RM965 RM689.29
  • Volkswagon Polo – RM1,035 RM739.29
  • Perodua Alza – RM1,075 RM767.86
  • Honda City – RM1,105 RM789.29
  • Toyota Vios – RM1,105 RM789.29
  • Honda HRV – RM1,350 RM964.29

Jangan lupa untuk memasukkan kod promosi RAYAPASS5 dan RAYAPASS7 sebelum membuat tempahan SOCAR. Jika anda belum pernah mencuba SOCAR, anda boleh muat turun aplikasi SOCAR dan mendaftar di sini.

Tags: Balik KampungHari RayaSOCARSOCAR Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma

Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma

11 June 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER