• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Nex, Telefon Nirbingkai Sebenar Dengan Helah Menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:14 am
  • 13/06/2018
  • Komen
Vivo Nex, Telefon Nirbingkai Sebenar Dengan Helah Menarik
Share on FacebookShare on Twitter

vivo adalah nama yang kian meningkat dalam arena telefon pintar terutamanya di China. Terbaru, mereka melancarkan sebuah telefon yang dijelmakan daripada konsep vivo Apex yang mereka pamerkan di MWC 2018 tempoh hari dan menamakannya vivo NEX.

Keunikan telefon ini berbanding yang lain adalah, walaupun hadir dengan paparan nirbingkai, tiada notch boleh ditemukan pada bahagian muka telefon.



Untuk menghilangkan notch, beberpa kompromi harus dilakukan pada komponen:

  • kamera depan
  • speaker panggilan telefon
  • sensor-sensor utama

Kamera depan disembunyikan dalam badan dan akan ditolak keluar oleh sebuah motor mikro apabila ingin digunakan. Ia berlainan dengan penyelesaian Xiaomi Mix 2S yang meletakkkannya pada dagu.



Apabila bercakap telefon, tiada speaker konvesional diberikan sebaliknya ia menggunakan konsep piezoelektrik untuk mengalirkan bunyi secara getaran pada permukaan paparan, seperti penyelesaian yang diamalkan pada Xiaomi Mi MIX asal.

Sensor-sensor penting pula diletakkan pada bahagian dagu kerana bingkai pada bahagian itu sedikit besar berbanding 3 sisi yang lain.

Selain keunikkan yang dinyatakan di atas, vivo Nex adalah sebuah telefon flagship yang biasa.

Ia menggayakan panel paparan Super AMOLED sebesar 6.59″ beresolusi HD Penuh (2316×1080).

Ia memiliki badan bersalut kaca dan menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan. Bakal menjadi trend, pengimbas cap jari pada telefon ini terbina di dalam paparan.

Pada papan utama, anda boleh menemui komponen seperti:

  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB/256GB
  • bateri 4,000mAh

Pada jabatan pengimejan, anda boleh menggunakan kamera 12MP+5MP untuk mengambil gambar. Untuk berswafoto, anda diberikan kamera 8MP.

Setakat ini, vivo Nex hanya boleh didapati di China dalam beberapa varian seerti:

  • vivo NEX (128GB) – RMB 4,498 (~RM 2,805)
  • vivo NEX (256GB) – RMB 5,000 (~RM3,118)
  • vivo NEX (CPU Snapdragon 710) – RMB 3,898 (~RM 2,431)
Tags: vivovivo nex
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Vivo Nex, Telefon Nirbingkai Sebenar Dengan Helah Menarik

Vivo Nex, Telefon Nirbingkai Sebenar Dengan Helah Menarik

13 June 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER