• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

My Passport Wireless SSD, Storan Agung Untuk Anda Si Jurugambar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:01 pm
  • 26/06/2018
  • Komen
My Passport Wireless SSD, Storan Agung Untuk Anda Si Jurugambar
Share on FacebookShare on Twitter

Western Digital telah memperkenalkan dua penyelesaian unggul kepada masalah kekurangan storan dalam kalangan pengguna yang memelurkan storan mudah alih khususnya jurugambar. Dua produk baru yang diumumkan untuk pasaran Malaysia adalah

My Passport Wireless SSD

My Passport Wireless adalah storan mudah alih dengan sokongan Wi-Fi. Jika dalam model terdahulu ia menggunakan HDD, ia kini tampil menggunakan SSD sebagai medium penyimpanan.



Antara kebaikan SSD berbanding HDD adalah oleh sebab tiada komponen bergerak, ia lebih rintang terhadap gegaran dan juga memerlukan tenaga lebih rendah untuk beroperasi. Hasilnya, ia boleh menahan hentakan, gegaran atau jatuh pada ketinggian sehingga 1 meter.

Produk ini dilengkapi bateri berkapasiti 4,200mAh untuk membolehkan ia beroperasi sehingga 10 jam lamanya, menyedut fail daripada kad SD, komputer, ataupun telefon secara wayarles mahupun melalui sambungan fizikal.



Sungguhpun tiada komputer, data daripada kad SD boleh disalin masuk melalui slot khas yang ada pada badannya. Terdapat satu port USB-A disertakan untuk melakukan sambungan fizikal dan penyesuai boleh digunakan sekiranya anda ingin menyalin gambar daripada storan jenis CF.

Western Digital pada masa ini berkerja rapat dengan pengeluar kamera untuk membolehkan kamera yang ada modul Wi-Fi melakukan sambungan terus pada storan ini secara tethering dan menyalin masuk gambar secara masa nyata.

Fungsi ini amatlah bagus. Antara senario yang boleh menyerlahkan produk ini adalah seperti penggambaran majlis perkahwinan yang disertai sekumpulan jurugambar. Gambar dari kesemua kamera boleh disalurkan terus ke satu pusat sehenti dan boleh disunting terus oleh seorang penyelia.

Hal ini boleh meningkatkan produktiviti kerana sebahagian besar kerja dilakukan secara in-situ.

Senario kedua adalah semasa melancong secara berkumpulan. Sudah tentu semua ahli musafir akan mengambil gambar menggunakan telefon dan di penghujung hari, semua orang boleh menghumban hasil tangkapan kedalam storan yang sama. Kandungan itu pula boleh diakses melalui telefon individu tanpa perlu berkerumun pada satu skrin.

Ini adalah ringkasan ciri-ciri menarik Western Digital My Passport Wireless SSD:

  • Slot pembaca kad SD dengan kepantasan membaca 65 MB/s
  • Menyalin kandungan storan fizikal tanpa bantuan komputer dfengan butang khas
  • Rintang terhadap gegaran dan jatuhan pada ketinggian sehingga 1 meter
  • Ketahanan bateri sehinggas 10 jam
  • Strim kandungan 4K dan lihat kandungan media terus melalui APP My Cloud menerusi Wi-Fi
  • Sokongan melihat imej RAW terus ke telefon

Produk ini ditawarkan dalam beberapa saiz storan dan akan mula dijual selewat-lewatnya Julai ini, dan harganya adalah seperti berikut:

  • 250GB – RM 1,099
  • 500GB – RM 1,499
  • 1TB – RM 2,299
  • 2TB – RM 3,699

SanDisk Extreme Portable SSD

Untuk yang bekerja solo, storan mudah alih ini adalah teman setiap seorang daripada anda. Perkataan “Extreme” pada namanya menunjukkan keutuhan yang dimilikinya. Ia memiliki tahap rintang IP55 yang rintang terhadap hujan dan debu. Badannya kenit dan boleh digantung pada kunci ataupun beg. Port USB-C digunakan untuk memindahkan data kepada komputer dan tiada sokongan Wi-Fi seperti produk yang ditawarkan terlebih dahulu.

Ia diformat menggunakan sistem fail exFAT dan terus boleh digunakan pada PC dan MAC sejurus dibuka kotak.

Ini adalah ringasan ciri-ciri menarik SanDisk Extreme Portable SSD

  • Perpindahan data sepantas 550 MB/s (baca)
  • Tahap kerintangan debu/air IP55
  • Terus boleh digunakan pada PC dan MAC sejurus keluar kotak

Produk ini ditawarkan dalam beberapa saiz storan dan harganya adalah seperti berikut:

  • 250GB – RM 529
  • 500GB – RM 829
  • 1TB – RM 1,699
  • 2TB – RM 3,299

Ia boleh didapati daripada pengedar sah ataupun secara dalam talian di Lazada.

Tags: harga my passport wireless SSDharga sandisk extreme portable SSDmy passport wireless SSDmy passport wireless SSD malaysiamy passport wireless SSD murahpelancaran my passport wireless SSDpelancaran sandisk extreme portable SSDreview my passport wireless SSDreview sandisk extreme portable SSDSanDisksandisk extreme portable SSDsandisk extreme portable SSD malaysiasandisk extreme portable SSD murahSanDisk Malaysiaspesifikasi my passport wireless SSDspesifikasi sandisk extreme portable SSDtempahan my passport wireless SSDtempahan sandisk extreme portable SSDWDWestern Digitalwestern digital malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

My Passport Wireless SSD, Storan Agung Untuk Anda Si Jurugambar

My Passport Wireless SSD, Storan Agung Untuk Anda Si Jurugambar

26 June 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER