Telefon bajet memiliki penggunanya yang tersendiri. Ada yang memerlukannya sebagai telefon sandaran untuk GPS ada juga yang menghadiahi anak-anak dengan telefon kategori ini kerana khuatir akan kehilangan.
Telefon bajet premium memang sudah terkenal keahliannya seperti ASUS ZenFone Max Pro M1, Huawei nova 3 Lite, dan Xiaomi Redmi Note 5. Bagaimana pula dengan segmen superbajet bawah RM400?
Kami menelusuri wilayah yang jarang-jarang diterokai pengguna dan temui 5 pendekar ini:
Telefon manakah yang paling berbaloi untuk harga kurang daripada RM400? Baca analisis kami dalam halaman seterusnya.
[nextpage title=”Analisis”]
Terlebih dahulu, mari kita lihat pada spesifikasi teknikal 5 telefon yang disenaraikan di bawah
3 daripada 5 telefon ini menggunakan CPU MediaTek MT6739 yang menunjukkan kepopularan CPU ini dalam kelas bajet. Baki dua daripada telefon itu menggunakan Snapdragon 425.
Di atas kertas MT6737 dan Snapdragon 425 tidak jauh bezanya. Antara persamaan yang dikongsi mereka adalah seperti:
- Litografi 28nm
- CPU kuadteras Cortex A53
- RAM LPDDR3 berkelajuan 667MHz
- Modem dengan keupayaan DL sepantas 150Mbps
Walau bagaimanapun, menurut pengalaman saya, CPU daripada MediaTek biasanya berprestasi lebih rendah berbanding Snapdragon setara.
Anda boleh melihat beberapa video di YouTube yang menggunakan honor 7S (MT6739) dan Redmi 5A (Snapdragon 425) untuk bermain PUBG. Daripada kedua-dua video itu, ia jelas menunjukkan Snapdragon lebih cemerlang dalam menjalankan game.
Kesemua telefon dalam senarai memiliki RAM sehingga 2GB, hanya Nokia dan Wiko memliki 1GB. Menjalankan sistem operasi Android Oreo edisi penuh, saya tak rasakan Wiko Tommy 3 mampu bertahan lama.
Ia seperti memiliki sebuah komputer dengan CPU Intel Atom yang menjalankan WIndows 10. Memang boleh boot masuk, tapi untuk melakukan kerja, anda membazir masa menunggu daripada bekerja.
Antara Nokia 1 dan Wiko Tommy 3, Nokia 1 memiliki lebih potensi untuk menjadi teman seharian dek penggunaan Android edisi GO yang memang dibangunkan untuk telefon berspesifikasi rendah.
Jika anda mensasarkan mana-mana telefon ini untuk prestasi kamera, anda mungkin melakukan kesilapan. Walaupun beberapa telefon memiliki kamera belakang 13MP, sistem pengimejan yang ada pada CPU entri tidak mampu menampung beban memproses data imej daripada sensor.
Bukan itu saja, kesemua mereka menggunakan sistem autofokus pengesanan fasa yang tidak sepantas pemfokusan dual piksel seperti yang digunakan pada Samsung Galaxy S9 ataupun Redmi Note 5.
Pada kategori sistem operasi, hanya Redmi 5A menggunakan Android 7 Nougat sementara lain-lainnya tersedia menggunakan yang terkini iaitu Android Oreo.
Menggunakan telefon kelas superbajet ini, perlulah anda mempersiap diri untuk tidak menerima kemas kini OS kecuali pada Security Patch.
Tapi, kelebihan kesemua telefon dalam senarai ini adalah mereka memiliki tri-slot. Hal ini bermakna, anda boleh menggunakan dua kad SIM dan kad SD secara serentak dan tidak perlu mengorbankan satu slot kad SIM semata-mata untuk memperluas storan dalaman. Ia adalah satu berita baik kerana kesemua mereka hadir dengan storan yang terhad malah ada yang cuma 8GB sahaja storan dalamannya.
Pada jabatan bateri, honor 7S memiliki bateri terbesar 3,020mAh tapi tidaklah jauh meninggalkan pesaing yang lain. Tiada pengecasan pantas ada pada mana-mana telefon, menurut spesifikasi pengeluarnya. Untuk penggunaan kasual seperti media sosial, bateri 2,150mAh sudah cukup memberikan waktu penggunaan yang baik apatah lagi dengan kapasiti 3,000mAh.
Telefon mana yang berbaloi?
Dalam kalangan 5 telefon ini, saya ingin memilih 2 telefon untuk diletakkan sebagai telefon berbaloi mengikut dua senario ini.
Senario 1
Anda memerlukan telefon hanya untuk menggunakan fungsi asas iaitu telefon dan chatting.
Senario 2
Kadang-kadang anda bermain game, menjalankan aplikasi medsos untuk berkongsi gambar video, ataupun sebagai GPS kereta.
Nokia 1 adalah pilihan yang cocok untuk senario 1. Sungguhpun ia dikuasakan MT6739, yang saya sedaya upaya menjauhi diri daripadanya, oleh sebab ia menjalankan sistem operasi yang memang direka untuk telefon superbajet, saya memberikan kepercayaan kepada CPU ini untuk memberikan pengalaman guna yang lancar.
ZenFone Live L1 sesuai jika anda berada dalam senario 2. Yang paling ketara adalah kehadiran giroskop. Keempat-empat telefon lain tidak pula dinyatakan jika memiliki sensor giroskop.
Sensor ini penting kerana sistem navigasi memerlukan giroskop untuk mencari arah. Bermain game yang ada ciri-ciri AR seperti Pokemon GO dan Ingress juga memerlukan giroskop.
Paparannya adalah yang terbesar dan beresolusi 720p, pastinya navigasi GPS lebih mudah dilihat.
[nextpage title=”honor 7S”]
Mengiringi honor 7A, honor 7S adalah honor termurah dalam pasaran Malaysia setakat ini.
Ia hadir dengan paparan FullView 18:9 sebear 5.45″ dengan panel beresolusi 720p. Pada papan utama, ia dikuasakan CPU MediaTek MT6739 yang bergandingan bersama RAM 2GB serta storan dalaman 16GB.
Sebagai peranti bajet, tiada pengimbas cap jari disediakan dan anda bergantung pada sistem keselamatan terbina dalam sistem operasi Android seperti kata kunci dan nombor pin.
Pada jabatan pengimejan, ia dikuasakan kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP dan mengambil tenaga daripada bateri berkapasti 3,000mAh.
honor 7S dijual pada harga RM379.
Dapatkannya di Lazada
[nextpage title=”Nokia 1″]
Nokia 1 menjadi telefon Android Nokia termurah apabila diperkenal di MWC awal tahun ini. Berharga RM299 ia amatlah sesuai menjadi telefon sandaran ataupun jika anda ingin memberikan telefon pada anak-anak untuk tujuan asas.
Pada papan utamanya, anda akan menemui CPU Mediatek MT6737 yang dipadankan dengan RAM 1GB serta storan 8GB.
Sungguhpun spesifikasinya nampak lemah, ia dikuasakan sistem operasi Android 8.1 Oreo Go Edition (Android GO). OS ini memang dioptimumkan untuk peranti berspesifikasi rendah dan anda boleh menjangkakan penggunaan yang lancar padanya.
Badannya plastik sepenuhnya dan menyokong dua kad SIM. Paparannya adalah seluas 4.5″ dan memiliki resolusi 480p.
Pada bahagian kamera, ia dilengkapi kamera belakang 5MP dan kamera swafoto 2MP.
Dapatkannya di Lazada
[nextpage title=”Redmi 5A”]
Dilancarkan pada Disember 2017, ia mengiringi Redmi Note 5A sebagai telefon termurah Xiaomi pada harga RM399 sahaja. Sungguhpun murah, ia memiliki spesifikasi yang agak mewah berbanding harganya.
Pada papan utama, terpateri CPU Snapdragon 425, RAM 2GB serta storan 16GB. Mukanya dihiasi panel paparan 5″ dengan resolusi HD.
Kesemua komponen elektroniknya dikuasakan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Untuk mengambil gambar, anda boleh gunakan kamera belakang 13MP ataupun kamera depan 5MP.
Kelebihan telefon ini adalah ia memiliki tiga slot khas untuk 2 kad SIM dan satu kad SD.
Dapatkannya di Lazada
[nextpage title=”Wiko Tommy 3″]
Wiko Tommy 3 adalah telefon dengan paparan 18:9 termurah setakat ini pada harga RM329. Seperti kebanyakkan telefon superbajet, badannya adalah besi sepenuhnya.
Ia hadir dengan paparan 5.45″ dengan resolusi 480p dan dikuasakan CPU MediaTek MT6739. Ia turut dibekalkan RAM 1GB serta storan dalaman sebesar 16GB yang boleh diperluas melalui slot khas mikroSD.
Untuk pasaran Malaysia, Wiko Tommy 3 menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo walhal untuk pasaran Eropah, ia menggunakan sistem operasi Android GO yang lebih sesuai dengan spesifikasi yang dimilikinya.
Walau apapun, ia memiliki sistem pengimejan belakang 8MP dan juga kamera swafoto 5MP.
Sekeping bateri 2,500mAh hadir untuk menguasakan semua komponen elektronik yang ada pada papan utamanya.
Dapatkannya di Lazada
[nextpage title=”ZenFone Live L1″]
Nama ASUS pada tahun 2018 memang melonjak-lonjak. Selepas meletupnya ZenFone Max Pro M1 sebagai telefon bajet terkemuka yang mampu bersaing dengan Xiaomi, mereka kemudiannya hadir dengan ZenFone Live L1, telefon superbajet RM399.
Nampaknya ASUS ingin hadir dalam semua kategori. Telefon ini dikuasakan CPU Snapdragon 425 dan dibantu RAM 2GB serta storan 16GB. Ia adalah spesifikasi yang boleh diterima akal jika dibandingkan dengan harganya.
Menjadi mukanya adalah panel IPS sebesar 5.5″ beresolusi HD+.
Untuk mengambil gambar, anda boleh menggunakan kamera swafoto 5MP ataupun kamera belakang 13MP.
Ia menyokong 2 kad SIM dan storannya boleh diperluas melalui slot khas tanpa menganggu dua slot yang lain.
Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo yang dilapisi ZenUI 5.
Dapatkannya di Lazada