• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO potong harga tiga model telefon pintar: A83, F5 dan F7 128GB

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 06/07/2018
  • Komen
OPPO potong harga tiga model telefon pintar: A83, F5 dan F7 128GB
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas harganya turun secara automatik selaras dengan kadar 0% GST, OPPO Malaysia hari ini menurunkan lagi harga 3 model telefon pintar mereka dengan menggenapkannya ke bawah. 3 model tersebut adalah OPPO A83, OPPO F5 dan OPPO F7 128GB.

Jika dilihat dengan teliti, penurunan harga kali ini tidak berapa signifikan. OPPO A83 turun RM55 menjadi RM699, OPPO F5 pula turun RM38 menjadi RM999 dan OPPO F7 128GB pula berkurangan RM4 sahaja, menjadi RM1,599.



The sweetest deal ever! Grab OPPO A83, F5 and F7 128GB now! Visit our concept stores or online store to experience it yourselves.
Learn more: OPPO Online Store: https://t.co/l3yo8Icmno OPPO Concept Store: https://t.co/a7mjl3tR5s #OPPOA83 #OPPOF5 #OPPOF7 pic.twitter.com/644C5DufyT

— OPPO Malaysia (@OPPOMalaysia) July 6, 2018

Dari harga ini boleh dilihat yang ia berbeza prestasi. Persamaan yang boleh dikatakan antara ketiga-tiga model ini adalah ia menggunakan paparan lebar bernisbah 18:9.

OPPO A83 memiliki skrin 5.7-inci HD+, bateri 3,180mAh dan tiada pengimbas capjari. Kuasa dalamannya hasil penggunaan cip Mediatek MT6737T, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kameranya pula 8MP di hadapan dan 13MP di belakang.



OPPO F5 sedikit lebih berkuasa, memiliki skrin 6.0-inci FHD+ dan bateri 3,200mAh. Pemproses yang sama digunakan, Mediatek MT6737 bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kamera swafotonya lebih hebat, menggunakan sensor 20MP di kamera hadapan dan 16MP untuk kamera belakang.

OPPO F7 128GB pula serba serbi lebih perkasa. Ia dipasang cip Mediatek Helio P60, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Skrinnya juga lebih besar, bersaiz 6.23-inci FHD+ dengan takuk di atas, bersama bateri berkapasiti 3,400mAh. Kamera swafotonya paling pakar, dipasang sensor 25MP di kamera hadapan dan 16MP untuk kamera belakang.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar OPPO seperti di atas, bolehlah melawat Stor Konsep OPPO berhampiran atau mendapatkannya dalam talian di alamat www.oppostore.com.my.

Tags: oppoOPPO A83OPPO F5OPPO F7 128GBOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO potong harga tiga model telefon pintar: A83, F5 dan F7 128GB

OPPO potong harga tiga model telefon pintar: A83, F5 dan F7 128GB

6 July 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN