• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neffos bariskan 4 telefon pintar baru di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 27/07/2018
  • Komen
Neffos bariskan 4 telefon pintar baru di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Neffos kini mengumumkan barisan telefon pintar terbaru mereka dalam julat harga mampu milik di acara Neffos Summer launch 2018. Pelancaran ini juga menyaksikan sebuah prototaip telefon pintar Neffos diperkenalkan buat pertama kalinya di khalayak ramai.

Neffos telah bertapak di Malaysia selama dua tahun. Jenama telefon pintar yang dihasilkan pakar perkakas rangkaian, TP-Link menyaksikan peningkatan jualan peranti mereka meningkat setiap tahun.



Sebanyak 4 model telefon pintar yang baru dilancarkan iaitu Neffos C7A, Neffos C9A, Neffos C9 dan Neffos X9. Selain menggunakan sistem operasi Android Oreo terkini, beberapa model baru ini turut dilengkapi sistem pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Kesemua telefon pintar yang dilancarkan hari ini mula dijual di Malaysia pada bulan ini dan boleh didapati dari pengedar sah Neffos di Malaysia dengan harga seperti berikut:



  • Neffos C7A (2GB/16GB) – RM359
  • Neffos C9A (2GB/16GB) – RM429
  • Neffos C9 (2GB/16GB) – RM479
  • Neffos X9 (3GB/32GB) – RM599
  • Neffos X9 (4GB/64GB) – RM799

Neffos C7A

Telefon paling murah yang dilancarkan hari ini memiliki spesifikasi cukup makan seperti cip Mediatek MT6737, RAM 2GB dan storan dalaman 16GB. Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 2,330mAh.

Untuk kamera pula, ia dilengkapi sensor 8MP F2.2 autofokus dan LED Flash di belakang, bersama sensor 2MP F2.2 di hadapan. Ia turut memiliki fungsi kecantikan 10 tahap untuk swafoto lebih menawan.

Skrin Neffos C7A seluas 5-inci dalam nisbah 16:9 dengan resolusi HD 720p. Ia nampak ketinggalan berbanding pesaing lain seperti Redmi 6A, honor 7s dan ASUS ZenFone Live L1 yang telah menggunakan skrin lebih lebar 18:9.

Tetapi Neffos C7A dilengkapi sistem operasi terkini, Android 8.1 Oreo di dalamnya. Ini ditambah lagi dengan jaminan selama 2-tahun untuk semua telefon pintar Neffos, serta penggantian 1-ke-1 dalam masa 3 bulan pertama.

Neffos C9A & Neffos C9

Telefon pintar Neffos C9A ini barulah pencabar untuk Redmi 6A, honor 7s dan ASUS ZenFone Live L1. Ini kerana ia memiliki skrin lebar 18:9 berukuran 5.45-inci dan resolusi HD+.

Perkakas dalamannya pula menggunakan cip Mediatek MT6739 bersama 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Bateri juga lebih besar, berkapasiti 3,020mAh.

Kamera di Neffos C9A biasa sahaja, 13MP autofokus dan LED Flash di belakang dan 5MP yang memiliki LED bercahaya lembut di hadapan.

Kelebihan utama yang membuatkan Neffos C9A sedikit terkeluar dari harga RM400 adalah pengimbas capjari yang terdapat padanya. Ini tidak terdapat dalam mana-mana telefon pintar di bawah RM400. Selain itu, ia juga dipasang sistem operasi terkini Android 81. Oreo.

Telefon pintar Neffos C9 serba-serbi sama dengan Neffos C9A. Tetapi ia memiliki skrin yang lebih besar, berukuran 5.99-inci bersama bateri 3,840mAh.

Kamera hadapannya juga lebih baik, menggunakan sensor 8MP di hadapan bertemankan LED bercahaya lembut untuk swafoto yang sentiasa cerah. Kamera belakangnya sama dengan Neffos C9A, 13MP autofokus bersama LED Flash.

Lain-lain perkara adalah sama, seperti cip Mediatek MT6739, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Pengimbas capjari terdapat di belakang dan ia juga menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo terkini.

Neffos X9

Watak utama majlis pelancaran Neffos Summer Launch 2018 ialah Neffos X9. Ia adalah telefon pintar kelas pertengahan dengan perkakas lebih dari asas.

Bermula dengan kuasa dalaman, ia menggunakan cip Mediatek MT6750 8-teras. RAM dan storan datang dalam dua variasi, 3GB RAM dan 32GB storan atau 4GB RAM dan 64GB storan. Ia menerima kad mikroSD sehingga 128GB.

Skrin Neffos X9 menggunakan paparan Full View dalam nisbah 18:9, berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD+ 1440×720. Ia dikuasakan bateri berkapasiti 3,060mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Untuk fotografi, Neffos X9 menggunakan dwi-lensa kamera belakang gabungan sensor 13MP dan 5MP bagi menghasilkan gambar potret dengan efek bokeh. Kamera hadapan pula dilengkapi sensor 8MP yang diintegrasi mod kecantikan AI.

Selain pengimbas capjari yang terdapat di belakang, Neffos X9 turut dilengkapi sistem pengecaman wajah bagi tujuan keselamatan. Selain itu, ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.1 Oreo.

Tags: NeffosNeffos C7ANeffos C9Neffos C9ANeffos MalaysiaNeffos X9TP-LinkTP-Link Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neffos bariskan 4 telefon pintar baru di bawah RM600

Neffos bariskan 4 telefon pintar baru di bawah RM600

27 July 2018
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER