• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Note8 boleh dibeli kurang dari RM2500

  • OLEH Najib
  • 3:33 pm
  • 27/08/2018
  • Komen
5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut norma jual beli, bila datang yang baru maka yang lama akan menjadi lebih murah. Begitu yang berlaku untuk Galaxy Note8 selepas Galaxy Note9 dilancarkan. Dilancarkan dengan harga RM3,999 tahun lepas, ia kini boleh dibeli kurang dari RM2,500.

Penjual peranti DirectD kini menawarkan Galaxy Note8 berwarna Pink pada harga RM2,499 sahaja. Untuk warna Hitam, ia dijual sedikit mahal iaitu RM2,599. Ia adalah set rasmi Malaysia dan boleh dibeli menerusi laman web DirectD serta di Shopee.



Jika anda mahu mendapatkannya dengan lebih murah, penjual Super Deal di Lazada menawarkan Galaxy Note8 pada harga lebih rendah iaitu RM2,488 sahaja. Dan harga ini untuk semua warna iaitu Pink, Kelabu, Emas dan Hitam.

Galaxy Note8 adalah peranti dikuasakan cip Exynos 8895 bersama 6GB RAM dan 64GB storan dalaman yang boleh diluaskan dengan tambahan kad mikroSD. Ia memiliki skrin Infinity Display berukuran 6.3-inci dengan resolusi QuadHD+ menggunakan paparan Super AMOLED.



Ia juga adalah telefon pintar pertama Samsung yang memiliki dwi-kamera, gabungan lensa 12MP F1.7 dan 12MP F2.4 bersudut lebar untuk zum optikal 2x. Kamera hadapannya pula 8MP F1.7.

Sebagai peranti premium Samsung, Galaxy Note8 memiliki ciri-ciri seperti pengecas wayarles, Samsung Pay, serta kalis air dan debu IP68. Bateri di Galaxy Note8 sebesar 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C.

Untuk perbandingan, Galaxy Note9 dijual di Malaysia berharga RM3,699 untuk storan 128GB dan mempunyai beberapa kelebihan dari Galaxy Note8 seperti skrin lebih luas 6.4-inci, kamera pelbagi apertur, speaker stereo, S Pen yang lebih canggih dan bateri lebih besar 4,000mAh.

Tags: Galaxy Note8Galaxy Note8 MalaysiaGalaxy Note8 murahsamsungsamsung galaxy note8
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin

Samsung Galaxy Note8 boleh dibeli kurang dari RM2500

27 August 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER