• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ZenBook Pro 15 Kemudi Dunia Laptop Ke Tanah Baru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:02 pm
  • 29/08/2018
  • Komen
Asus ZenBook Pro 15 Kemudi Dunia Laptop Ke Tanah Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Menghasilkan sesuatu luar norma adalah amat berisiko. Tak banyak pihak yang cukup berani untuk hadir dengan sesuatu yang unik bagi mempamerkan semangat inovasi. Asus adalah nama yang tidak asing dalam bidang inovasi, kita pernah lihat Padfone dam Fonepad yang tak pernah dibayangkan sebelum ini. Terkini, ZenBook Pro 15 adalah ciptaan terbaru Asus.

ZenBook Pro 15 memiliki sebuah paparan mini sebagai touchpad-nya sebagai peneman paparan utamanya. Jadi terdapat tiga mode fungsi boleh dijalankan skrin sekunder ini, mereka adalah:



  • ScreenPad Mode
  • Extension Display
  • Traditional

Dalam mode ScreenPad, ia bertindak seperti sebuah komputer yang lain. Anda boleh memasang APP khas dan melayani kandungan menggunakannya. Misalnya anda boleh memasang Spotify dan YouTube. Mengakses kalendar dan juga melakukan kira-kira menggunakan kalkulator terus pada pad sesentuh.

Dalam mode Extension Display, ia seperti anda menyambung HDMI kepada paparan kedua. Anda boleh menarik tetingkap turun daripada paparan utama ke paparan kedua.



Jika anda ingin menjimatkan bateri ataupun paparan sekunder menganggu kerja anda, padamkan saja dan ia terus bertindak seperti pad sesentuh tradisional.

Selain daripada paparan sekunder, secara keseluruhannya, ZenBook Pro 15 adalah sebuah laptop biasa berspesifikasi tinggi, seakan gaming, tapi dalam pakej yang kompak.

Ia ada paparan 15″ dengan resolusi 4K. Lebih menarik, keupayaan memaparkan warnanya menerima perakuan daripada PANTONE dan amat sesuai untuk professional yang melakukan kerja berkaitan warna seperti video dan lukisan.

pada papan utama, ia dikuasakan CPU sehingga Intel Core i9 bertemankan GPU sehingga NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti. Untuk varian paling tinggi, anda beroleh RAM sebanyak 16GB serta SSD seluas 1TB.

Barisan port I/O yang boleh ditemui pada laptop ini adalah seperti 2 USB-C yang menyokong Thunderbolt 3 dan 2 USB-A Gen 3.1 serta satu port HDMI.

ZenBook Pro 15 hadir dalam tiga varian di Malaysia. Harga-harga jualannya adalah seperti berikut:

  • i9-8950HQ / 16G DDR4 / 1TB PCIE SSD / GTX1050 Ti / WIN10 / UHD / Touch & Screen Pad – RM 10,999
  • i7-8750H / 16G DDR4 / 1TB PCIE SSD / GTX1050 Ti / WIN10 / UHD / Touch & Screen Pad – RM 8,899
  • i7-8750H / 8G DDR / 512GB PCIE SSD / GTX1050 / WIN10 / UHD / Touch & Screen Pad – RM 5,999
Tags: asusasus malaysiaharga zenbook pro 15pelancaran zenbook pro 15review zenbook pro 15spesifikasi zenbook pro 15tempahan zenbook pro 15zenbook pro 15zenbook pro 15 malaysiazenbook pro 15 murah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Asus ZenBook Pro 15 Kemudi Dunia Laptop Ke Tanah Baru

Asus ZenBook Pro 15 Kemudi Dunia Laptop Ke Tanah Baru

29 August 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER