• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita DIY

DIY Konsol Permainan Klasik Untuk Mengimbau Kenangan Silam

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:18 pm
  • 05/09/2018
  • Komen
DIY Konsol Permainan Klasik Untuk Mengimbau Kenangan Silam
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan video sudah sebati dalam ketamadunan manusia sejak terciptanya komputer. Seiring dengan peredaran masa, sistem pengkomputeran menjadi semakin canggih dan dan yang baru telah menggantikan yang lama.

Contohnya, pasti ramai yang masih ingat akan permainan seperti Contra, Super Mario Bros, dan sebagainya. Generasi 90-an ini membesar dengan konsol permainan menggunakan katrij dan pada masa itu Sony masih lagi belum wujud dalam ekosistem permainan apalagi Xbox.



Nintendo NES berusia 35 tahun pada tahun 2018

Dalam tahun 2018, jika anda ingin bermain games-games klasik ini ia adalah hampir mustahil kerana sistem elektronik berusia puluhan tahun ini sudah tentu dimamah usia.



Di akhir tutorial ini, anda akan menghasilkan sebuah konsol bersaiz poket yang membolehkan anda bermain ribuan permainan klasik dari pelbagai platform.

Kotak kecil ini boleh main ribuan game klasik?

Emulator Menjadi Penyelamat

Masalah yang dihadapi adalah mencari konsol klasik untuk bermain permainan klasik. Ia sama ada rosak ataupun dijual pada harga yang tak masuk akal dek status vintajnya itu.

Penyelesaiannya adalah menggunakan emulator. Emulator dalam bidang komputer adalah perisian yang dibangunkan untuk meniru tatacara pengoperasian sesuatu sistem dalam sistem yang lain.

Dalam kes permainan klasik seperti Nintendo NES, kita menggunakan komputer untuk meniru cara operasi konsol tersebut.

Untuk projek ini, saya bahagian kepada empat langkah utama iaitu:

  1. Sediakan emulator
  2. Sediakan komputer
  3. Boot pertama
  4. Boot kedua

Komponen Yang Saya Gunakan

  • Bekalan kuasa 5V 2.5A – tempah di sini
  • Kad mikro-SD – tempah di sini
  • Kotak akrilik Raspberry Pi 3 (percuma kipas) – tempah di sini
  • Raspberry Pi 3 Model B+ (percuma kabel HDMI, heatsink, pembaca mikro-SD) – tempah di sini

Kesemua kos ini saya beli daripada Shopee dan menelan belanjan kurang daripada RM260.

[nextpage title=”Langkah 1: Sediakan Emulator”]

Retropie adalah sistem operasi yang menghimpunkan emulator dan yang paling banyak digunakan untuk membangunkan sistem permainan retro. Ia boleh mensimulasikan platform yang kebanyakannya saya tak pernah dengar pun.

Anda boleh muat turun RetroPie di dalam web mereka. Pastikan muat turun versi yang betul iaitu versi untuk Raspberry Pi 2/3.

Selesai muat turun fail berformat .GZ, anda perlu melakukan proses flash kedalam kad mikro-SD. Sambungkan mikro-SD kepada komputer anda.

Untuk flash-kan RatroPie masuk kedalam mikro-SD, kita akan gunakan perisian Etcher yang boleh dimuat turun di https://etcher.io/.

Pilih fail RetroPie yang telah dimuat turun tadi (jangan extract)

Pilih lokasi kad mikro-SD

Tekan Flash dan tunggu

Jika diminta untuk formatkan mikro-SD, jangan panik, tekan Cancel

Flash berjaya

Proses ini mengambil sedikit masa dan daripada menunggu, anda boleh sediakan “komputer” untuk RetroPie menjalankan operasinya.

[nextpage title=”Langkah 2: Bina Komputer Untuk Emulator”]Dalam projek ini, saya menggunakan Raspberry Pi 3 B+ (RBP3). Secara ringkasnya, RBP3 adalah komputer papan tunggal bersaiz poket. Untuk sekeping papan bersaiz kad kredit, anda beroleh komponen-komponen seperti:

  • CPU ekateras 1.4 GHz,
  • RAM 1GB LPDDR2,
  • Wi-Fi AC,
  • Ethernet,
  • HDMI,
  • 4 USB 2.0, dan
  • slot mikro-SD.

Raspberry Pi 3 Model B+

Mengapa komputer papan tunggal? Selain saiznya yang kecil, penggunaan tenaga elektriknya juga kecil. Analoginya adalah seperti membeli Galaxy Note9 hanya untuk menghantar SMS. Ia overkill! Tugasan yang sama boleh dilaksanakan oleh Nokia 3310 (2018) yang 23 kali ganda lebih murah.

RBP3 menerima tenaga arus terus pada 5V dan 2.5A. Ia diterjemahkan kepada 12.5 watt. Jadi penggunaan tenaganya adalah 0.0125 kWh setiap jam atau 0.3 kWh sehari atau 9 kWh sebulan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan tarif RM 0.218/kWh untuk 200 unit pertama. Jika anda RPB3 berjalan tanpa henti selama 30 hari, kos elektiknya adalah RM 1.96.

Untuk perbandingan, powersupply untuk PS4 Slim membekalkan sehingga 165 watt tenaga dan memerlukan RM 24.90 untuk beroperasi dalam tempoh yang sama.

Casing dan komponen penyejuk adalah tak wajib tapi amat disarankan

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.  Yang pertama adalah memasang heatsink untuk elakkannya daripada panas semasa beroperasi.

Contoh heatsink

Heatsink dipasang pada CPU dan GPU

Saya amat mencadangkan anda mendapatkan kotak akrilik khas untuk RPB3 kerana ia murah dan menyediakan perumah yang selamat untuknya disamping terdapat ruang untuk memasang kipas yang membantu menyejukannya.

Kipas pada perumah ini menarik tenaga daripada RPB3 melalui port GPIOyang ada di atas papan litarnya. Pastikan pin yang betul sebelum melakukan sambungan. Warna merah untuk bekalkan kuasa dicucuk pada pin 4 dan warna hitam untuk sambungan bumi pada pin 6.

Contoh sambungan kipas

Peta GPIO pada Raspberry Pie 3 Model B+

[nextpage title=”Langkah 3: Boot Pertama, Tetapkan Alat Kawalan”]

Setelah etcher selesai menjalankan tugas dan anda sudah menyediakan RPB3, kita akan boot-nya untuk kali pertama. Tapi sebelum itu, anda boleh sediakan sebuah pendrive kosong dengan folder bernama “retropie” di komputer anda.

Buat satu folder bernama “retropie” dalam sebuah pendrive kosong

Kemudian, cucukkan pendrive itu di mana-mana port USB. Sambungkan kabel HDMI, keyboard, dan juga gamepad jika ianya bukan jenis wayarles. Jangan lupa untuk masukkan kad mikro-SD yang disediakan sebelum ini kedalam slot RPB3.

Pasang HDMI, pendrive, dan satu papan kekunci

Pasang mikro-SD yang disediakan di etcher

Akhir sekali, barulah anda mencucuk masuk bekalan kuasa dan lampu LED merah dan kipas akan terus aktif.

Akhir sekali baru cucuk bekalan kuasa di port mikro-USB

Nikmati pemandangan ala Matrix apabila hamparan teks mengalir naik di atas skrin. Tunggu sehingga boot selesai dan RetroPie akan terus membawa anda ke halaman menetapkan alat kawalan.

Pemandangan ketika boot up

Boot masuk berjaya

RetroPie akan terus mengarahkan anda menetapkan alat kawalan. Untuk kali pertama, anda menggunakan papan kekunci sebagai alat kawalan 1. Jika alat kawalan anda adalah jenis Bluetooth, anda perlu gunakan papan kekunci tadi untuk menambat alat kawalan sebagai alat kawalan 2.

Aktifkan mode Bluetooth pairing pada DualShock 4 dengan cara tekan dan tahan butang PS dan Select hingga lampu LED berkelip pantas

Guna papan kekunci untuk akses menu Bluetooth pada RetroPie

RetroPie temui pad DualShock 4 saya

Berjaya ditambat

Lampu berhenti berkelip tanda ia sudah tertambat pada RetroPie

Selesai menetapkan alat kawalan, anda boleh mematikan sistem menggunakan arahan Shut Down. Tunggu sehingga lampu LED hijau yang terletak disebelah LED merah padam. Kipas akan terus berputar tapi jangan risau, cabut saja kabel kuasa daripada RPB3.

Selesai sediakan alat kawalan, matikan sistem menggunakan arahan Shutdown System

[nextpage title=”Langkah 4: Boot Kedua, Masukkan Games”]

Cabut pendrive tadi dan masukkan ke komputer. Anda akan dapati yang ada sejumlah folder baru wujud dalam folder retropie yang anda buat sebentar tadi. Masuk ke folder ROM dan anda dihidangkan dengan paparan seperti ini.

Folder-folder itu mewakili setiap platform yang disokong RetroPie. Dalam tutorial ini, saya ingin bermain permainan Contra pada platform NES.

Jadi saya pindahkan ROM untuk Contra masuk kedalam folder NES. ROM adalah salinan sesuatu game yang dilakukan secara digital, seperti MP3 untuk lagu kegemaran anda.

Jika saya ingin bermain permainan daripada platform selain NES, saya akan memindahkan ROM permainan itu ke dalam folder masing-masing. Bagaimana caranya mendapatkan ROM, Google adalah teman setia anda.

ROM untuk NES diletakkan dalam folder nes

ROM untuk GBA diletakkan dalam folder gba dan begitulah seterusnya

Selesai memindahkan segala games yang anda ingin main, cabut pendrive daripada komputer dan cucuk kembali pada RPB3 dan boot untuk kali kedua.

RetroPie akan memindahkan kandungan daripada pendrive masuk ke mikro-SD secara automatik dan anda akan dapati games mula muncul di RetroPie.

Games diletakkan dalam kolum masing-masing

Legenda Contra

Pokemon di Gameboy Advance

Pokemon FireRed Version

Kesimpulan

RetroPie boleh pada saya adalah pemelihara permainan-permainan klasik yang pastinya tenggelam jika tidak kerana keupayannya untuk mensimulasikan konsol yang sudah mati.

Kehadiran RPB3 pula menyediakan satu platform untuk RetroPie beroperasi dan oleh sebab kosnya yang amat rendah. Saya cuma membelanjakan kurang daripada RM260 membeli komponen-komponen projek ini. Hal ini bermakna sesiapa saja boleh menghasilkan sebuah dengan hanya mengikut tutorial yang disediakan.

Memang terdapat isu seperti hak cipta dan sebagainya. Tapi saya tinggalkan isu itu kepada anda untuk putuskannya.

Cabaran seterusnya adalah mempakejkan RPB3 dalam perumah yang lebih kreatif seperti kabinet arked klasik yang menarik.

Tags: Contragameboy advancegaminggbagba emulatornesnes emulatorpokemonraspberry piraspberry pi 3 b+retropie
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DIY Konsol Permainan Klasik Untuk Mengimbau Kenangan Silam

DIY Konsol Permainan Klasik Untuk Mengimbau Kenangan Silam

5 September 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER