fbpx

DIY Konsol Permainan Klasik Untuk Mengimbau Kenangan Silam

Langkah 2: Bina Komputer Untuk Emulator

Dalam projek ini, saya menggunakan Raspberry Pi 3 B+ (RBP3). Secara ringkasnya, RBP3 adalah komputer papan tunggal bersaiz poket. Untuk sekeping papan bersaiz kad kredit, anda beroleh komponen-komponen seperti:

  • CPU ekateras 1.4 GHz,
  • RAM 1GB LPDDR2,
  • Wi-Fi AC,
  • Ethernet,
  • HDMI,
  • 4 USB 2.0, dan
  • slot mikro-SD.

Raspberry Pi 3 Model B+

Mengapa komputer papan tunggal? Selain saiznya yang kecil, penggunaan tenaga elektriknya juga kecil. Analoginya adalah seperti membeli Galaxy Note9 hanya untuk menghantar SMS. Ia overkill! Tugasan yang sama boleh dilaksanakan oleh Nokia 3310 (2018) yang 23 kali ganda lebih murah.

RBP3 menerima tenaga arus terus pada 5V dan 2.5A. Ia diterjemahkan kepada 12.5 watt. Jadi penggunaan tenaganya adalah 0.0125 kWh setiap jam atau 0.3 kWh sehari atau 9 kWh sebulan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan tarif RM 0.218/kWh untuk 200 unit pertama. Jika anda RPB3 berjalan tanpa henti selama 30 hari, kos elektiknya adalah RM 1.96.

Untuk perbandingan, powersupply untuk PS4 Slim membekalkan sehingga 165 watt tenaga dan memerlukan RM 24.90 untuk beroperasi dalam tempoh yang sama.

Casing dan komponen penyejuk adalah tak wajib tapi amat disarankan

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.  Yang pertama adalah memasang heatsink untuk elakkannya daripada panas semasa beroperasi.

Contoh heatsink

Heatsink dipasang pada CPU dan GPU

Saya amat mencadangkan anda mendapatkan kotak akrilik khas untuk RPB3 kerana ia murah dan menyediakan perumah yang selamat untuknya disamping terdapat ruang untuk memasang kipas yang membantu menyejukannya.

Kipas pada perumah ini menarik tenaga daripada RPB3 melalui port GPIOyang ada di atas papan litarnya. Pastikan pin yang betul sebelum melakukan sambungan. Warna merah untuk bekalkan kuasa dicucuk pada pin 4 dan warna hitam untuk sambungan bumi pada pin 6.

BACA  Perbandingan Kamera: Xiaomi Mi A3, Mi 9T, & Mi A2

Contoh sambungan kipas

Peta GPIO pada Raspberry Pie 3 Model B+

Contents