• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Galaxy Note9 512GB Blue Ocean datang dengan vakum percuma

  • OLEH Najib
  • 1:50 pm
  • 20/09/2018
  • Komen
Tempahan awal Galaxy Note9 512GB Blue Ocean datang dengan vakum percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Samsung Galaxy Note9 dengan storan 512GB hanya terdapat di dalam warna Hitam sahaja di Malaysia. Tetapi tidak lama lagi, ia akan ditawarkan dalam warna unik Galaxy Note9, Blue Ocean.

Samsung Malaysia akan membuka tempahan awal untuk Galaxy Note9 512GB berwarna Ocean Blue ini, pada 21-23 September 2018. Tempahan awal ini turut memberikan hadiah percuma berupa pembersih hampagas Samsung POWERstick bernilai RM889.



Samsung Galaxy Note9 dengan 512GB storan dalaman dijual di Malaysia berharga RM4,599. Untuk tempahan awal nanti, Samsung Malaysia menyediakan 2 cara pembelian. Pertama dengan membayar deposit RM300 dan mengambil sendiri di Stor Samsung terpilih antara 5-14 Oktober 2018.

Cara kedua pula, dengan membuat bayaran penuh dan tunggu sahaja ia dihantar ke lokasi pilihan anda. Tempahan awal ini boleh dibuat menerusi laman khas tempahan Samsung Galaxy Note9 512GB Ocean Blue, atau dari rakan Samsung terpilih iaitu Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Lazada.



Ocean Blue adalah warna unik buat Galaxy Note9 kerana ia datang dengan S Pen berwarna kuning, berbeza dengan badannya yang berwarna biru. Dengan storan dalaman 512GB, pengguna boleh menikmati storan sehingga 1TB dengan memuatkan kad mikroSD 512GB di dalamnya.

Jika berminat, jangan lupa singgah ke laman web tempahan Samsung Galaxy Note9 512GB Ocean Blue pada 21-23 September 2018. Maklumat lanjut serta terma dan syarat turut boleh didapati di situ.

Kenali Galaxy Note9 dengan lebih dekat melalui video kami di bawah.

Tags: Blue OceanGalaxy Note9Galaxy Note9 512GBGalaxy Note9 Blue OceansamsungSamsung Galaxy Note9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan awal Galaxy Note9 512GB Blue Ocean datang dengan vakum percuma

Tempahan awal Galaxy Note9 512GB Blue Ocean datang dengan vakum percuma

20 September 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN