• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia Malaysia lancar 6.1 Plus tetapi masih berahsia tentang 5.1 Plus

  • OLEH Najib
  • 7:47 pm
  • 26/09/2018
  • Komen
Nokia Malaysia lancar 6.1 Plus tetapi masih berahsia tentang 5.1 Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Sebulan yang lepas nama Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus muncul di majlis pelancaran di India, hari ini ia diumumkan tiba secara rasmi di Malaysia.

Kedua-dua telefon ini diperkasa program Android One, memastikan ia menerima kemaskini sistem operasi dan keselamatan sekurang-kurangnya selama 2 tahun.



Nokia 5.1 Plus

Nokia 5.1 Plus menggunakan cip pemproses Mediatek Helio P60, dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Kad mikroSD diterima sehingga 400GB. Baterinya 3060 mAh dan dicas melalui USB-C.

Badannya menggunakan kaca melengkung 2.5D di depan dan belakang. Skrinnya sebesar 5.8-inci, bertakuk di dahi, dengan resolusi HD+ sahaja dalam nisbah 19:9.



Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan sensor 13MP F2.0 dan 5MP yang dikuasakan AI. Kamera hadapan pula 8MP F2.2. Pengimbas capjari terdapat di belakang, di bawah kamera belakang.

Nokia Malaysia akan mula menjual Nokia 5.1 Plus pada pertengahan bulan Oktober depan. Tetapi harganya belum diisytiharkan, perlu tunggu hampir ke tarikh jualan.

Nokia 6.1 Plus

Nokia 6.1 Plus pula dikuasakan cip pemproses Snapdragon 636, RAM LPDDR4x sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Storan mikroSD sedia diterima sehingga 400GB.

Skrin Nokia 6.1 Plus juga sama bersaiz 5.8-inci tetapi dengan resolusi HD Penuh+, bertakuk di dahi dan dalam nisbah 19:9. Bateri pula hanya 3,060mAh yang dicas melalui USB-C. Ia turut memiliki port audio 3.5mm dan juga pengimbas capjari di belakang.

Kameranya dwi-lensa di belakang, menggabungkan lensa 16MP F2.0 berkuasa EIS bersama lensa 5MP F2.4. Untuk kamera hadapan, hanya satu lensa 16MP F2.0. Telefon ini menyokong rakaman video bothie yang menggunakan kamera belakang dan depan serentak.

Manakala Nokia 6.1 Plus mula dijual hari ini di seluruh Malaysia. Harganya pula ialah RM1,149 termasuk SST. Khas untuk 2,500 pembeli terawal, mereka akan menerima hadiah percuma berupa kamera aksi, pelindung skrin tempered glass dan casing silikon.

Dengan spesifikasi begini, Nokia 6.1 Plus sebenarnya bersaing dengan Redmi Note 5 Plus dan ASUS Zenfone Max Pro M1. Tetapi harga kedua-dua pesaingnya tidak sampai RM900. Malah, jika anda tambah RM100, anda boleh mendapatkan Honor Play atau Pocophone F1. Susah untuk mencadangkan Nokia 6.1 Plus melainkan kepada peminat fanatiknya.

Tags: hmd globalNokiaNokia 5.1 PlusNokia 5.1 Plus MalaysiaNokia 6.1 PlusNokia 6.1 Plus MalaysiaNokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nokia Malaysia lancar 6.1 Plus tetapi masih berahsia tentang 5.1 Plus

Nokia Malaysia lancar 6.1 Plus tetapi masih berahsia tentang 5.1 Plus

26 September 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER