• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor 8X dengan skrin 91% disahkan tiba tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 6:14 pm
  • 27/09/2018
  • Komen
honor 8X dengan skrin 91% disahkan tiba tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa kali sebelum ini honor Malaysia berkongsi gambaran tentang kedatangan sebuah peranti X. Hari ini, honor Malaysia mengumumkan majlis pelancarannya akan dibuat pada 9 Oktober akan datang. Peranti tersebut ialah honor 8X.

honor 8X baru sahaja dilancarkan di China pada 11 September lepas. Bermakna, sebulan kemudian ia tiba di Malaysia. Tetapi di China, ia diperkenalkan bersama honor 8X Max yang lebih besar. Kelihatan seperti versi Max ini tidak akan tiba di Malaysia.



Dari petunjuk yang dikongsi oleh honor 8X sebelum ini, peranti ini memiliki nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, sebanyak 91% meliputi ruang hadapan. Dimaklumkan, skrinnya agak besar dengan ukuran 6.5-inci bersama takuk kecil seperti Huawei P20. Storannya juga sangat besar, dari 64GB hingga 128GB.

honor 8X akan dikuasakan oleh cip Kirin 710 yang sama seperti Huawei nova 3i. RAM pula disediakan antara 4GB dan 6GB. Untuk kamera, ia menggunakan dwi-lensa 20MP+2MP F1.8 di belakang dan lensa 16MP F2.0 di hadapan.



Dengan skrin sebesar ini, honor 8X dimuatkan dengan bateri 3,750mAh tetapi ia dicas melalui port mikroUSB.

Di China, honor 8X dijual dalam tiga versi dengan harga seperti berikut:

  • honor 8X (RAM 4GB + Storan 64GB) – RMB1,399 (~RM841)
  • honor 8X (RAM 6GB + Storan 64GB) – RMB1,599 (~RM962)
  • honor 8X (RAM 6GB + Storan 128GB) – RMB1,899 (~RM1,142)

Untuk perbandingan, Huawei nova 3i dengan RAM 4GB dan storan 128GB dijual berharga RM1,299 di Malaysia. Kebiasaannya peranti honor akan dijual lebih murah dari peranti Huawei dengan spesifikasi yang hampir sama. Mungkinkah honor 8X dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB akan dijual pada harga yang sama, RM1,299 juga?

Untuk pengesahan harganya, kita nantikan ketibaan 9 Oktober 2018. honor Malaysia juga membuka pintu buat peminat terpilih untuk turut sama menyertai majlis pelancaran honor 8X ini. Jika berminat, boleh mendaftar di sini. Harap-harap terpilihlah nanti.

Tags: honorhonor 8Xhonor 8X Malaysiahonor malaysia
Najib

Najib

POPULAR

honor 8X dengan skrin 91% disahkan tiba tidak lama lagi

honor 8X dengan skrin 91% disahkan tiba tidak lama lagi

27 September 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN