[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

Akses Data Menggunakan APP Telefon Perlu Penambahbaikan

Akses data boleh dilakukan melalui komputer ataupun telefon. Terdapat perisian khas perlu digunakan untuk tujuan tersebut dan ia hadir untuk:

APP My Cloud Home ada dalam versi Android dan iOS

Disebabkan turut berfungsi sebagai storan awan, My Cloud bukanlah seperti storan NAS yang lain. Jadi, anda hanya boleh mengakses data milik anda sahaja dan bukan pengguna lain kecuali ia dimasukkan dalam folder awam (shared folder).

Sejurus membuka kotak, proses setup amatlah mudah. Anda hanya perlu menyambungkan unit My Cloud kepada router dan lakukan tetapan ringkas di https://home.mycloud.com.

Proses pemasangan amat mudah

Jika masih ragu-ragu, anda boleh rujuk pada video tutorial yang disediakan pihak WD.

Anda pastinya ingin berkongsi storan 4TB dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan bukan?

Untuk tujuan tersebut, anda perlu menghantar jemputan, menggunakan APP di telefon ataupun di komputer, kepada setiap mereka dan mereka perlu wujudkan satu akaun My Cloud sebelum mula menyimpan data kedalam sotan anda.

Jemput rakan-rakan untuk menggunakan My Cloud

Bilangan & senarai pengguna yang menggunakan My Cloud ini

Akses daripada telefon agak terhad, seperti APP My Cloud ini dikhususkan untuk melakukan salinan gambar sahaja. Contohnya, ia ada fungsi melakukan salinan gambar secara automatik dari telefon kepada My Cloud. Tapi untuk fail selain gambar, tiada cara mudah untuk melakukannya.

APP My Cloud hanya boleh menyalin masuk foto dan video ke dalam penyimpanan

Misalnya, saya ingin menyalin masuk fail .txt ataupun .apk daripada telefon, APP ini tidak menyokongnya. Menekan icon “+” pada APP hanya membenarkan saya memuat naik fail gambar dan video sahaja.

BACA  Cara Untuk Aktifkan Dark Mode Di Google Chrome Anda

Workaround yang saya temui untuk Android adalah untuk menggunakan browser telefon untuk melakukan muat naik ataupun menggunakan fungsi share daripada mana-mana APP file manager.

Untuk fail selain foto dan video, workaround-nya adalah menggunakan APP file manager dan share fail ke MyCloud

Begitu juga jika saya ingin memindah masuk fail selain gambar dan video masuk ke telefon dari My Cloud. Tiada fungsi khusus terus daripada APP. Workaround yang saya temui adalah berkongsi pautan fail itu dan membukanya menggunakan browser telefon sebelum menemui butang “Download”.

Kalau fail gambar ataupun video, amat mudah untuk muat turunnya masuk ke telefon

Tapi untuk fail selain foto atau video, workaround terpaksa digunakan iaitu kongsi URL dan buka di browser

Contents