honor bukan sahaja ingin mencabar Xiaomi dalam segmen telefon midrange apabila menghantar honor 8X, ia turut membidik Xiaomi Mi Band 3 yang sekian lama menjadi antara peranti boleh pakai paling mampu milik dalam pasaran.
Selain telefon, mereka turut melancarkan honor Band 3 untuk pasaran Malaysia.
Secara kasar, honor Band 3 memiliki spesifikasi yang hampir serupa dengan Mi Band 3. Anda beroleh gelang tangan dengan ciri-ciri seperti:
- boleh dibawa berenang sedalam 50 m,
- sensor pengimbas nadi,
- ketahanan bateri sehingga 30 hari,
- pemantauan pola tidur, dan
- notifikasi dan pengera.
Untuk spesifikasi teknikal, anda boleh menemui paparan PMOLED seluas 0.9″ beresolusi 128×32 menghiasi bahagian muka gelang tangan. Paparannya monokrom dan ia memaparkan maklumat-maklumat penting seprti masa, kadar denyutan nadi, dan prestasi aktiviti semasa anda.
Gelangnya diperbuat daripada resin getah tapi malangnya ia tidak boleh ditukar ganti seperti Mi Band 3.
honor Band 3 akan mula dijual bermula 13 Oktober ini pada harga RM119, lebih murah daripada Mi Band 3 yang berharga RM129. Tapi jika anda membeli honor 8X dalam tempoh promosi, anda akan menerima honor Band 3 secara percuma.